Monday, February 6, 2012

Dear My Ukhti (Erti Persahabatan Ini)

PERHATIAN!

Sila tekan PLAY dahulu sebelum membaca ayat-ayat seterusnya untuk merasai apa yang kurasa tika ini. Terima Kasih :D



Dear Ukhti...
"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Janganlah berduka cita kerana hidup ini meletihkan, kerana demikianlah hidup ini diciptakan." -Imam Syafie
:)


tersenyum tika ku mebaca mesejmu itu, dan nasyid tadi berkumandang di telinga pula.
Allah~ Indahnya ukhuwah tu...

Dia Kekasih Allah (2)

Assalamualaikum. Bittaufiq wannajah buat sahabat2 semua yang tengah struggle untuk final. Saya pun ^^

Walaupun sudah berlalu ulang tahun kelahiran Nabi kita, Muhammad SAW,kita berkempen berselawat ke atas baginda di facebook dan sambutan Maulidur Rasul dan berbagai aktiviti lain, ditegaskan, Maulud Nabi bukan satu perayaan yang sambut sekali beria, esok segala amalan yang dilaksanakan hilang seperti tiada apa.

SEKALI-KALI tidak!

Sunnahnya perlu dilaksanakan dengan istiqamah. Selawat kepadanya adalah zikir yang kita tak lupa. Itulah tanda kecintaan kita kepada makhluk Allah paling agung, yang tanpanya sebagai wasilah, tak sampai Islam kepada kita, tak sampai kita untuk beribadat kepada-Nya, tak tahu pun adanya agama rabbani. Alhamdulillah, segala puji dan sembah syukur hanya pada-Nya yang menghendaki kita mendapat cinta seorang manusia yang sangat halus jiwanya, sangat menginginkan kebaikan daripada umatnya.
Dialah Nabi Muhammad SAW al-Amin.

Teringat lirik nasyid 'Dia Kekasih Allah'
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
...

Mari kita selusuri beberapa sunnah baginda dengan video ini:



Juga tersentuh dengan kisah cinta para sahabat kepada baginda.
"Persoalannya sekarang, adakah perasaan itu masih wujud pada kita, kita umat baginda SAW?"



Wallahualam.









 

Saturday, February 4, 2012

Dia Kekasih Allah~

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya. (33:56)