Saturday, November 27, 2010

Hari Cuti Pun Belajar

Assalamualaikum Wbt. Salam mujahadah buat semua sahabat. Salam kasih kerana-Nya. Salam moga sentiasa sejahtera di bawah limpah rahmat-Nya. :)

Esok hari AHAD. (kalau di malaysia dah masuk dah.)

Dan merupakan hari pertama persekolahan di Mesir. 
Dan juga esok merupakan hari pilihan raya Mesir. 

Maka, kami dinasihatkan untuk jangan ke mana-mana selain pergi dan balik uni. :) InsyaAllah, saya pon tak mahu ke mana-mana selepas itu kerana alhamdulillah dikurniakan nikmat dapat berjalan, berkemampuan untuk berbelanja, 'survey wintercoat' dan memerhati persekitaran dan seterusnya dapat BELAJAR pada HaRi ini. Belajar apa?
 
Jika kita inginkan sesuatu, hendaklah diusahakan. 

Alhamdulillah, hari ini macam2 saya dapat belajar. ^^ Bermula daripada membeli di 'suk' atau pasar pagi tadi sehinggalah ke kedai membeli 'lamba'. Mari ikuti pengembaraan saya, insyaAllah berguna buat diri yang mencari.. (Cari apa? Tanya HATI. Moga-moga juga berguna jika ada adik2 di luar sana yang berminat nak sambung wat medik di Alexandria. :D)




PAGi di Suk..
Kami memerhatikan Suk agak lengang. Kedai2 baru beberapa sahaja yang buka dan itupun masih nak menyusun barang2nya, terutama kedai ikan. Nazihahdah pesan awal2, pagi2, ikan agak mahal, walaupun ikan 'multi' yang kami biasa beli.. (Tapi sekarang macam tAk nak beli da sebab senior yang belajar mengenai parasitism ini memberitahu terdapat sejenis parasit dalam ikan tersebut.) 
Dan kebenaran itu terbukti apabila ikan tersebut dijual paling murah yang kami jumpai adalah 14 genih. 
Ikan lain.. ada yang 20, 22.
Udang.. 40 sekilo bagi yang kecil dan 60 genih sekilo bagi yang sederhana besar. (Ye.Mahal kan?)
Sotong.. 40 genih sekilo. (T>T)


Destinasi seterusnya adalah sayuran. Ada pekedai yang beik ,dan mengajak untuk dtg lein kali, "YAUMEL GAYYA', dan ada pekedai yang beria mengajak masuk ke kedainya tapi tak sabar melayan karenah kami yang sgt berkira dengan harga yang ditawarkan.  Apa2 pon, As-Sobaru minal iman. Juga sepanjang perjalanan, teringat pesanan Ustaz Akli pada kelas tafaqquh lepas. ^^ Minta kurang kalu boleh sampai separuh. Kenpa? InsyaAllah, pada kelapangan masa yang akan datang akan dikongsi. mAKA di sini saya masukkan senarai harga paling murah kami dapati hari ini..


Ghaliy? (mahal?) ^^
p/s: strawberry-faraulah, bayam-sabanikh, bawang merah- basulia, kentang-bathotis, ayam-firakh, ikan-samak, telur-biyd

Ba'da Dhuhr (Selepas Zohor), keterujaan bersambung dengan kami serumah membeli belah brg keperluan rumah dan diri di Fathallah. Mungkin tak seglamer Carrefour tapi saya sangat bersyukur kerana pada hari kami ke Fathallah adalah antara hari kami berlima dapat keluar bersama. Sebelum sampai ke Fathallah:

Alter baju di 'Luks'. Di sini atau di mana-mana setakat ini teman2 nak alter baju, pengukuran baju, penge'pin'an dibuat sendiri. Kerja tukang jahit adalah hanya 'MeNJahIT' (fullstop) Di sini kami (Nadia) dikenakan 20 genih. Tapi mengikut teman2 juga, di Bakus boleh dapat dengan hanya 10 genih dan dalam masa 3-4 jam shj berbanding 3-4 hari di Luks, Camp Caezar.  

Sepanjang jalan ke Fathallah, penuh dengan kedai2 baju. Jadi kami mengambil kesempatan 'melihat-lihat' wintercoat. Rata-rata 120 genih>.. Cantik tapi, masih lagi satu kemahuan dan bukan keperluan. Mungkin akan sangat memerlukannya di penghujung bulan 12. Exam di musim sejuk? =_="

Ala-ala hot market. Kerongsang (1) nuss (50 piasters)

PETANG di Fathallah:




Diingatkan. Perhatikan barang makananmu. Lihatlah label pada makanan dan prihatin akan perkara syubhah. Tak semestinya dok mesir tak perlu peka dengan perkara2 sperti ini.

(Surah 2 - Al Baqarah : Ayat 172)
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya

Further and VERY beneficial reading:http://keranacinta.wordpress.com/2008/01/26/kod-babi-pada-makanan-penting-untuk-ummat-islam/



Setelah meletakkan barang2 di rumah, kami memulakan misi kedua~ mENCARI lampu, mancis dan paku.

Benang- Khit, Lampu- Lamba, Mancis- Kabrit, Paku- Musmir. Masyi? (okie?) ^^


 *Lapar~

Lihat dengan akal, bisa kesal
Lihat dengan hati, mungkin mati
Lihat dengan iman, jiwa aman. InsyaAllah

Wallahualam~

Tuesday, November 23, 2010

Untukmu Tersayang



I miss dat witty HAriz~ 

(1)
Satu hari, saya menyuruh adik saya membuka bajunya (suruh mandi)
Lepas itu jadilah sesuatu perbualan, berbunyi begini :

Saya : Hariz, bukalah baju tu, mandi.
Hariz : Taknak.
(Pergaduhan berlaku)
Saya : Hariz, tangan tu kan x sakit? Bukannya kena inject. Kak Ana kena inject sakit tau, tapi Kak Ana tahan je.
Hariz : Kak Ana budak nakal, kenalah inject, lelaki... mana ada.
Saya : Kuang hasam! -,-
  
(2)
Slurpee is when you slurp, then you pee XD

(3)
Hariz : I don't want to be a boy
Me : You want to be a girl ?!
Hariz : No, I want to be a man.
Me : (Awww, :'D) But that will be much, much later.
Hariz : Then, I want to be a chicken lahh
Me : xD

*taken from Farah Raihana FB.

                                                        
                                                                Ingatlah diri.
Adanya kau di muka bumi untuk beribadah pada-Nya*
Kau diberikan amanah yang sangat berat
Sehinggakan gunung ganang dan langit pun takut untuk memikulnya
Sedangkan apalah kita jika nak dibandingkan dengan saiz
Tapi Allah mengangkat kita setinggi-tingginya
Daripada titis mani yang hina
Daripada tanah yang duduknya di bawah 
Kau dijadikan sebaik-baik ciptaan
Kau dijadikan Khalifah!**
MasyaAllah~

Biarlah jika diri merindu
Rindulah kerana-Nya
Kerana yang Lillahi Taala itu
InsyaAllah~
Ya Hakim akan menerima sebagai ibadah pada-Nya
Bukti cinta dan taat seorang hamba...

*Adz-Zariat:56
**Al-Baqarah:30

Monday, November 22, 2010

Wanita 'Superwomen'

Touched by the story of Maryam (19:16-28)
The Virtue of Maryam Over the Women of Her Time
Allah states that the angels spoke to Maryam by His command and told her that He chose her because of her service to Him, because of her modesty, honor, innocence, and conviction. Allah also chose her because of her virtue over the women of the world. At-Tirmidhi recorded that `Ali bin Abi Talib said, "I heard the Messenger of Allah say,
«خَيْرُ نِسَائِهَا مَرْيَمُ بِنْتُ عِمْرَانَ، وَخَيْرُ نِسَائِهَا خَدِيجَةُ بِنْتُ خُوَيْلِد»
(The best woman (in her time) was Maryam, daughter of `Imran, and the best woman (of the Prophet's time) is Khadijah (his wife), daughter of Khuwaylid.)''
The Two Sahihs recorded this Hadith. Ibn Jarir recorded that Abu Musa Al-Ash`ari said that the Messenger of Allah said,
«كَمُلَ مِنَ الرِّجَالِ كَثِيرٌ، وَلَمْ يَكْمُلْ مِنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَرْيَمُ بِنْتُ عِمْرَانَ وَ آسِيَةُ امْرَأَةُ فِرْعَوْن»
(Many men achieved perfection, but among women, only Maryam the daughter of `Imran and Asiah, the wife of Fir`awn, achieved perfection.)

Wanita.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. 
Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. 
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. 
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.
  
*Rindu sama mereka...
thank you muhammad for giving mum and dad the best gift on their anniversary. im proud of u my dear tak gi skolah pon alhamdulillah dapat no1.
They say that women tend to get overwhelmed and emotional absorbed when stress comes. i pray to Allah, im given strength to avoid TOO emotional. ^^

Sunday, November 21, 2010

Saya masih belum bersedia...


Alhamdulillah.. Makan malam hari pertama modul 3 dan habis cuti berlangsung dengan selamat dan meriah seperti selalu. Alhamdulillah~ Moga ukhuwah itu semakin erat dan harmoni. :D



Saya masih belum bersedia? Kenapa yer? Bersedia apa? 

Hari2 saya pasti didedahkan mengenai perkahwinan;tak kisahlah tips memikat hati mak mentua, memasak dan sebagainya.. Lazimnya saya akan banyak berdiam diri walaupon Kak Izzatul kata saya dan ili kumpulan isteri bahagia.. agaga.. 

BUT, when i reflect myself, im wayyy behind my frens in lyfe handling situation Contohnya, tadi masa memasak, tanpa adanya nadia yang tegor psl rebus ayam, msk tomyam, tak bper jadi kowt mskn hari ini... I always need help. Dan masa acara masak2 tugas saya hanyalah pergi ke kedai dan mengemas rumah serta membuat kek. (eeh, senangnyer. :D) Tapi lumrah manusia kan, penuh dengan kekurangan. Tapi akan sentiasa mahu berubah dan berusaha menjdi beik. InsyaAllah, saya akan cuba menjdai insan yang lebih baik daripada semalam..

"Tidak ada musibah yang lebih besar selain kemalasan dan hilangnya semangat dari hati seseorang untuk berbuat baik. Maka ketahuilah, bahawa dia sedang tertimpa musibah yang paling besar yang tiada lagi musibah yang lebih besar dari itu ~ Al Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad"

Tapi, yang pasti saya tak bersedia menjadi doktor dan isteri orang lagi.. Ilmu masih kurang di dada. Perangai cam budak2. Untuk menjadi doktor kena kuat dan banyak pengirbanan. InsyaAllah, akan belajar. dan belajar. dan belajar.

*kredits to kak natasya sebagai sumber inspirasi. <3

Hari yang istimewa~

Apa yang menyebabkan satu hari tuh istimewa? Kerana diri yang membuatnya istimewa. Benar? 

Cuba bayangkan kalau hari itu hari jadi kita,, Tapi kita tak ingat pon dan kawan2 pon boleh pulak terlupa, nak-nak kalu masa tuh exam, boleh lupe dunia juga seketika. (alhamdulillah kita dikurniakan masa solat, dapat bersihkan diri, muhasabah diri dan perhubungan kita dengan Tuhan..)
Maka adakah hari itu suatu hari yang istimewa? Tentunya tidak, kerana kita tidak terkesan pon dengan kehadiran hari itu. Esoknya, "eh dah tue dah aku?" ^^

Tapi, hari ini, walaupn saya tidak dapat meraikan hari bahagia mereka bersama-sama, tapi saya masih ingin menyambutnya dengan cara saya sendiri.. 
Pagi2 da gosok baju, lawa2, walau kelas kol 11. :) sampai sekarang maintain mood lawa, mood berasa special.. 

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-19 buat UMMI WA ABAH di Malaysia
sana.

 
"Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Dan peliharalah mereka sepertimana mereka memeliharaku sewaktu kecil. Ya Allah, kurniakanlah mereka kecintaan yang bertambah anatara satu sama lain, kecintaan yang menambahkan keimanan kepada-Mu, kecintaan yang menambahkan kekuatan dalam mendidik diriku dan adik-adikku menjadi hamba-Mu yang soleh, solehah dan kecintaan menyebarkan dakwah dan kecintaan yang bertambah kepada-Mu. Ya Rabbana, Ya Rahman, Ya Rahim.. Jadikanlah keluarga kami mawaddah wa rahmah yang dipandang-Mu bukan dihina-Mu."


 And.. HaPpY BirthDay to my bestie since form 1, Fathin Nabilah Mohammad Zulkafli. Anda telah selamat menjejak kaki ke umur 18 tahun. Semoga Allah menambahkan kefahaman agamamu, menambahkan keindahan akhlakmu, kecantikan taqwamu, kekayaan ilmu dan kesejahteraan kesihatan. Amiin~

Here are the recipe for tonite's menu, insyaAllah <3

(I chose dis website becuz it stated dis:
A simple recipe to get rid of your overripe bananas without wasting it! My first contribution to the STOP FOOD WASTE Campaign.)

Fried mashed banana

Ingredients
4 to 5 large ripe bananas
3 to 5 tbsp sugar (depends on the sweetness of your bananas)
1/3 cup milk
1 ½ cups plain flour
1 tsp baking powder
Oil for deep frying

Method
1-In a blender, blend the bananas, sugar and milk. Put into a bowl.
2-Gradually add in the flour that has been mixed with the baking powder. Mix well to make a very thick batter.
3-Heat oil in a wok. Using the tips of your fingers, drop in the dough, in the shape resembling golf balls. Cook on medium high heat (if the oil is not too hot, it will absorb the oil and your banana balls will be greasy. If the heat is too high, it will brown quickly on the outside and the inside could be uncooked
4-Repeat the process until the dough is all used and serve hot with a cup of tea or coffee for a mid morning of afternoon tea snack. ^^
Ayam Masak Merah

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu (da hbes, kentang okie?)
  • 1/2 cawan sos tomato
## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya (tak beli, daun sup and timun boleh kowt) 

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
 *diubah suai mengikut bahan yang ada di rumah tika ini.

Wassalam~

Tak Nak Jadi Pencuri

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera, salam bahagia, satu senyuman buat shabat2. :)

Erm, dah lamer kan saya tak update.

Dr. Farah nih, bukan 100% bz sampai tak sempat nak update 'jalan' tapi, otaknya yang seperti biasa cepat kalut dan disorganized membataskan masanya melaksanakan muhasabah diri di 'jalan' ini.. Also, she's well acknowledged by her mother that she's a HIGH IMAGINATIVE person but slow on action. Akibatnya~ msg ummi abah lambat, wish ena SPM lambat, tak pi mesyuarat akademik MM, tak call akak Sc utk tanya pasal open house and later on tak pi open house (jangan fikir pon nk wat alasan walaupun mmg hari tuh anda tak sihat yer dR Farah, kalu ada kemahuan di situ ada jalan!)

And paling penting~ Tak publish2 citer raya saya. T>T

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa"
(Ali Imran:133)

Hari ini, alhamdulillah, kelas hanya setengah jam lebih.. mengapa? sebab ada orientation dan kelas anatomy dibatalkan. Dan ditunda esok dan drag sampai Rabu yang akan menyebabkan kelas pada hari berkenaan sampai 5 jam. (Takpa, sikit ja tuh kalu nak dibandingkan budka Al-Azhar yang rutin 8-4.30 ptg dan hanya satu hari cuti-Jumaat. Okie Dr??)

:)

dan seusai kelas, SR mengedarkan risalah serta TLOA (The Letters Of Avicenna-majalah rasmi cwgn Iskandariah).. Diri yang excited dan teruja nak tahu isi helaian2 ilmiah tersebut meliarkan mata menjamah kandungannya. Dan. Mata ter'stop' pada satu ayat cinta daripda Ilahi yang menginsafkan.. 

"Tak Nak Jadi Pencuri Dah."Hati berbisik. Curi apa? 

'Procrastination is a thief of time'

Untuk modul 3-Intro to medical science nih, saya bertekad untuk lebih maju:
'fikiran seiring usaha'

 Ayat cinta (3:133) Ilahi insyaAllah akan dipegang.. 

Now nak cari resepi Ayam Masak Merah dan Fried Mashed Banana @Cekodok Pisang... Ahlil beit yang berpuasa teringin.. ^^  

"Sesiapa yang memberikan orang berpuasa makan, maka ia memperoleh pahala puasa orang berpuasa tanpa mengurangkan pahala orang yang berpuasa itu"
(HR Tirmizi)