Wednesday, March 14, 2012

Menangislah

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Surah Al-Baqarah ayat 155-156.

http://langitilahi.com/7563

its okay im always being left out but its not okay to be left out without reasons. Think! Think! Think! That's what you call muhasabah..

Monday, February 6, 2012

Dear My Ukhti (Erti Persahabatan Ini)

PERHATIAN!

Sila tekan PLAY dahulu sebelum membaca ayat-ayat seterusnya untuk merasai apa yang kurasa tika ini. Terima Kasih :D



Dear Ukhti...
"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Janganlah berduka cita kerana hidup ini meletihkan, kerana demikianlah hidup ini diciptakan." -Imam Syafie
:)


tersenyum tika ku mebaca mesejmu itu, dan nasyid tadi berkumandang di telinga pula.
Allah~ Indahnya ukhuwah tu...

Dia Kekasih Allah (2)

Assalamualaikum. Bittaufiq wannajah buat sahabat2 semua yang tengah struggle untuk final. Saya pun ^^

Walaupun sudah berlalu ulang tahun kelahiran Nabi kita, Muhammad SAW,kita berkempen berselawat ke atas baginda di facebook dan sambutan Maulidur Rasul dan berbagai aktiviti lain, ditegaskan, Maulud Nabi bukan satu perayaan yang sambut sekali beria, esok segala amalan yang dilaksanakan hilang seperti tiada apa.

SEKALI-KALI tidak!

Sunnahnya perlu dilaksanakan dengan istiqamah. Selawat kepadanya adalah zikir yang kita tak lupa. Itulah tanda kecintaan kita kepada makhluk Allah paling agung, yang tanpanya sebagai wasilah, tak sampai Islam kepada kita, tak sampai kita untuk beribadat kepada-Nya, tak tahu pun adanya agama rabbani. Alhamdulillah, segala puji dan sembah syukur hanya pada-Nya yang menghendaki kita mendapat cinta seorang manusia yang sangat halus jiwanya, sangat menginginkan kebaikan daripada umatnya.
Dialah Nabi Muhammad SAW al-Amin.

Teringat lirik nasyid 'Dia Kekasih Allah'
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
...

Mari kita selusuri beberapa sunnah baginda dengan video ini:



Juga tersentuh dengan kisah cinta para sahabat kepada baginda.
"Persoalannya sekarang, adakah perasaan itu masih wujud pada kita, kita umat baginda SAW?"



Wallahualam.









 

Saturday, February 4, 2012

Dia Kekasih Allah~

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya. (33:56)









Friday, January 27, 2012

Cupcake dedications

Tengah khusyuk menelaah posterior triangle lagi sehari untuk 'practical exam', tiba-tiba..

"Subhanallah, Walhamdulillah~ Subhanallah, Walhamdulillah~"

Telefon berbunyi menandakan ada yang menelefon :)

"Fawie turun bawah, nak kasi cupcake"



Budak nakal, 
kite sayang sangat dengan awak...
Kite hepi sangat dapat berkenalan dengan awak dan mengenali Dia bersama-sama..
Awak banyak ajar kite untuk berfikir dan memuhasabah diri...
Buah fikiran yang tajam.. hurm, jeles jugak dekat awak~
^^ tapi itulah yang menyempurnakan antara kita... 
Moga Allah kurniakan kejayaan kepada kita berdua serta sahabat2 kita yang lain agar tidak menjadi fitnah di jalan kita ini... 
Dan Dia bisa redha dengan kita...

Moga kita bisa menjadi juga golongan yang terdapat dalam hadis Habibullah SAW...

"Di antara hamba Allah ada manusia yang tidak termasuk para nabi dan juga para syuhada' tetapi pada hari akhirat para nabi dan para syuhada' cemburu kerana kedudukan mereka di sisi Allah"

Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, siapakah mereka?"

Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah dan bukan berdasarkan hubungan keluarga dan bukan kerana harta yang mereka saling berikan".
(HR Abu Daud, Nasai dan Ibnu Hibban)

Inni uhibbuki fillah <3



Thursday, January 26, 2012

Orang yang tunduk patuh


Who ever you are, 
you HAVE to remember  and obey Allah Lord Almighty.

TADABBUR JUMAAT: Surah Al-Hajj Ayat 34 dan 35

34. ...Dan sampaikanlah (Muhammad) berita gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah),

35. (iaitu)..
a- orang-orang yang apabila disebut nama Allah hati mereka bergetar
b- orang yang sabar atas apa yang menimpa mereka
c- orang yang melaksanakan solat
d- dan orang yang menginfakkan sebagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka

^^ Allah is so sweet. He gives us manual to His fantastic Jannah and all we have to do is follow.


bacalah. best.