Ayat 138:
-
Didalam ayat
ini Allh s.w.t menggunakan perkataan “sibghah” yang membawa maksud celupan.
Perkataan “sibghah” ini dipanggil “ Isti’arah Tasrikhiyyah” (kata
pinjaman untuk penjelasan)[1].
Maka “ SibghataAllah” membawa pengertian Celupan agama Allah. Apakah
dia itu celupan agama Allah s.w.t? Ianya adalah celupan yang menjadikan manusia
itu beriman dengan keimanan yang penuh ikhlas kepada Allah s.w.t. Inilah
celupan yang sebenarnya iaitu celupan iman dan Islam dengan menjadikan
seseorang itu betul-betul beriman dan betul-betul mengikut Islam yang
sebenarnya. Selain daripada celupan ini, kesemuanya hanya celupan yang batil.
-
Mengikut Ibn
‘Abbas , “ SibghataAllah” ditafsirkan sebagai “agama Allah” . Dinamakan
sedemikian kerana orang yang telah beragama ibaratnya telah dicelup. Maka tanda
agama itu telah melekat dan kelihatan terlekat di sisi pemeluknya, sebagaimana
tanda celupan itu nampak dibaju yang telah diberi celupan yang kemudiannya
celupan itu tidak akan berpisah lagi daripadanya[2].
-
Terdapat juga
daripada sebahagian al-Mufassirin menta’wilkan “ SibghataAllah” sebagai “FitrataAllah” iaitu suatu
kesucian yang sesuai dengan fitrah atau tabiat manusia. Hal ini demikian
mengikut Islam, bayi yang baru dilahirkan adalah bersih, tidak berdosa
sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah Hadith yang bermaksud:
“
Setiap anak yang dilahirkan itu, dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci), maka
kedua-dua orang tuanya lah yang meyahudikan atau menasranikan atau
memajusikannya (mengikut pendidikan yang diberi kepada anak tersebut)” Maka celupan Allah itu adalah celupan fitrah
ya’ni celupan orang yang beriman. Menjadi orang yang beriman dan Islam itulah
sebenar-benarnya celupan.
-
Ada juga
daripada kalangan al-Mufassirin yang menta’wilkan “ SibghataAllah” sebagai
berkhatan, kerana orang yang berkhatan itu biasanya berlumuran darah
seolah-olah dicelup dengan darah. Maka upacara berkhatan ini diibaratkan
pencelupan dalam agama Islam. Asbab Nuzul ayat ini sepertimana berkata Ibn ‘Abbas
r.a [3]: “
Orang Nasrani jika mendapat anak, setelah umurnya 7 hari dibawa anak itu untuk
diselamkan di dalam air yang berwarna kuning yang dinamakan air “ma’mudiyyah”
(dinamakan upacara baptist atau mengkristiankan) untuk mencelupnya supaya suci
sebagai ganti berkhatan. Jika yang demikian itu telah dilaksanakan, berkatalah
mereka sekarang dia telah menjadi orang Kristian yang sejati” Maka turunlah
ayat ini.
Celupan
Allah bukan celupan yang dibuat seperti orang Kristian. Mereka mempercayai
bahawa kanak-kanak yang baru lahir itu sememangnya telah bergelumang dengan
dosa dan kekotoran maksiat, oleh itu kanak-kanak tersebut perlu dibaptistkan
untuk dibersihkan daripada segala kekotoran.
-
Ayat ini juga
menjadi satu jawapan yang amat kuat bagi kaum muslimin sekiranya diajak masuk
agama lain, dipujuk supaya mengikuti fahaman ataupun ideologi yang jelas
bertentangan dengan prinsip Islam yang sebenarnya. Samada ideologi tersebut
daripada barat mahu pun dari pandangan orang Islam itu sendiri yang sebenarnya
sudah dipengaruhi dengan unsur-unsur sekular. Jikalau semua ideologi ini jelas
menyimpang daripada kefahaman, ajaran, tatatertib dan peraturan Islam dan ianya
dipersembahkan kepada kita agar kita mengikutnya sekaligus mentaati segala isi
kandungnya, maka ingatlah kepada ayat ini yang seharusnya ditegakkan oleh semua
umat Islam yang mengandungi ikrar bahawa
“ Kami telah beriman, telah mendapat celupan agama Allah. Iaitu celupan
yang teramat baik, tiada bandingannya. Celupan yang tidak akan luntur
selama-lamanya walaupun dimakan zaman, memasuki berbagai-berbagai perubahan
namun kami tetap mengabdikan diri kepada Allah s.w.t”
-
Asy-Syahid
Sayyid Qutb berkata[4]
: “ Agama (celupan) Allah yang dikehendakkiNya sebagai agama yang terakhir kepada
umat manusia agar dapat ditegakkan diatas kesatuan insaniah yang luas, dimana
tiada ruang bagi bangsa-bangsa dan warna kulit. Disini marilah kita berhenti,
memerhati salah satu dari ciri-ciri pengungkapan al-Quran yang mengandungi
maksud yang mendalam. Permulaan ayat ini adalah dari kenyataan Allah s.w.t
iaitu:
صِبْغَةَ
اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنْ اللَّهِ صِبْغَةً
Bermaksud:
“ Iaitu celupan (agama) Allah dan tidak ada yang lebih elok dari celupan
(agama) Allah.”
Dan
baki akhir ayat ini iaitu :
وَنَحْنُ
لَهُ عَابِدُونَ
Bermaksud: “Dan kami sekalian beribadah
kepadaNya”
merupakan dari kenyataan orang-orang
yang beriman. Ia disambung terus dengan kenyataan Allah s.w.t tanpa tercerai.
Semua kenyataan itu merupakan ayat al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t,
tetapi sebahagian awalnya menceritakan kenyataan Allah s.w.t dan bahagian kedua
(yang akhir) menceritakan tentang kenyataan orang-orang yang beriman. Itu
adalah satu penghormatan yang amat besar, kerana kenyataan orang-orang yang
beriman itu disambung terus dengan kenyataan Allah s.w.t dalam serangkai ayat
sahaja. Ini berdasarkan kepada kejujuran iman yang menghubungkan diantara
mereka dengan Allah s.w.t.”
-rujukan http://syathibie.blogspot.com/2012/05/nota-kelas-tilawah-tafsir-al-baqarah_18.html-
**cerita lebih lanjut mengenai ayat ni, biiznillah saya akan cerita lepas exam. pray for me :)
-rujukan http://syathibie.blogspot.com/2012/05/nota-kelas-tilawah-tafsir-al-baqarah_18.html-
**cerita lebih lanjut mengenai ayat ni, biiznillah saya akan cerita lepas exam. pray for me :)
No comments:
Post a Comment