Wednesday, September 28, 2011

Takbur vs Sangat menghargai diri (143)

Assalamualaikum wbt.

Dah lama kan rasanya tak melalui jalan ni. Berhabuk agaknya.

Melihat 'blogs im following updates' tadi, ada beberapa perkataan yang saya terkesan di hati daripada satu blog ni.

i always felt that your words are for me. it breaks my heart that i cause you pain and the only way not to do more harm is by not seeing you.

Tiba-tiba teringat kata-kata seorang penceramah di radio IKIM yang kudengar dari dalam kereta abah petang tadi.

"Apa beza takbur dan menghargai diri? Pasti para pendengar tertanya-tanya. Takbur itu membangga diri, menghargai diri tapi merendah-rendahkan orang lain. Tetapi lain pula dengan orang yang menghargai dirinya, dia bukan sahaja sangat menghargai dirinya tapi menghargai insan sekelilingnya juga. Lantas mewujudkan suasana bahagia kerana saling menghargai.Jangan risau jika merasakan tiada orang yang menghargai kita kerana apa yang penting kita menghargai diri kita dahulu."

Apakah kerana saya kurang menghargai diri ini, diri ciptaan Ilahi, maka saya kurang menghargai insan lain sekeliling saya?

Ataupun saya ini takbur? Insan yang hanya menghargai (mementingkan) diri sehingga saya merendahkan insan lain sehingga tidak menghirau mereka?

Nau'zubillah.


 Rasulullah bersabda, "Dianggap sebagai takbur itu ialah menolak apa yang benar dan mengganggap hina kepada orang lain". (HR. Muslim).


Awak yang kusayang dan kuingat selalu.. Saya tahu awak sayang sangat dengan saya. Dan kadang saya perasan perasaan awak yang tak senang itu berpunca daripada saya, maafkan saya. Saya tak nak jadi orang yang takbur, saya tak mahu kelakuan dan perkataan saya menghina awak. Awak tegurlah saya apabila saya mula bersikap 'hina'. 
Saya tahu awak seorang yang sangat menghargai diri awak, kerana awak sangat menghargai kewujudan insan lain. Cuma awk sedih, orang lain tak menghargai diri awak seperti mana awak menghargai setiap inci manusia itu. Awak, jangan bimbang, Allah sangat menghargai awak, Allah sentiasa mencurah rahmat-Nya untuk awak. Tandanya, Dia menjadikan awak insan yang boleh tersenyum tika insan lain seakan mempersendakan awak. Bukan itu tandanya awak lemah dan mudah dipijak tapi itu adalah kekuatan. Percayalah.
Awak, saya dah nak pergi ni. Awak doakan saya menjadi insan yang menghargai insan sekeliling ye wak. Yang berterima kasih atas kebaikan mereka dan bukan memandang rendah pada mereka. Saya nak jadi macam awak, inspirasi saya. Sentiasa bekerja keras dan menghargai setiap inci kekuatan dan bakat yang ada pada diri sehingga awak sangat berjaya. Kalau bukan di mata insan lain, tapi di mata saya. Tapi lagi penting berjaya di hadapan-Nya, iAllah. 


Wallahualam.