Tuesday, January 18, 2011

Never Say Never! ~MUMTAZ~

See I never thought that I could walk through fire.
I never thought that I could take the burn.
I never had the strength to take it higher,
Until I reached the point of no return.

And there's just no turning back,
When your hearts under attack,
Gonna give everything I have,
It's my destiny.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up up up,
And never say never.

I never thought I could feel this power.
I never thought that I could feel this free.
I'm strong enough to climb the highest tower.
And I'm fast enough to run across the sea.

And there's just no turning back,
When your hearts under attack,
Gonna give everything I have,
Cause this is my destiny.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up, up, up,
And never say never.


*Never say never. For we have Allah as our source of strength. If He permits, we can 'fight till forever!'

Setiap insan mempunyai lagu mereka yang tersendiri. Peransang semangat tersendiri..
But i just want to dedicate dis lyrics to two special inspiration-giver to me during this looong study leave. they both like dis song due to the message. Alhamdulillah... not to forget my study grupmates n their housmates and MY HOUSEMATES that support me all the way.
(Terima kasih ahlil beit kerana sabar dengan ketiadaan saya di rumah. sblm kuar ade mknn, balek ade mknn :) alhamdulillah, Allah memberi saya housemates yg beik2. While at dat, thank u to housemates of my stdygroupmates bcuz they have been very warm and treat us very well... Da food~ Da noise we caused. Da privacy we took. Their housemates we stole. But. Again and again thanks to Allah, forever syukurlillah.. Im grateful for the ukhuwah and experience i had. B4 we had dis stdy grup, i just knew them by names and a lil of their characters. Now i got to know not only them but their housemates.  It was very nice for i discover the good virtues instill in them. I recognised and observe the best potential how they CAN contribute to Islam. To the realization of my own destinies in this world which are among them is to make them realize they CAN! and i CAN! InsyaAllah..

Moga Allah menguatkan hati kita untuk terus memberi dan mengingatkan.  
Moga Allah mengukuhkan hati kita untuk terus mencari jalan redha-Nya.
BUKAN kita yang semakin terikut dengan mereka.
BUKAN kita semakin juga membenarkan kemungkaran itu. Kemungkaran itu perlu dicegah  
Tetapi, Allah~ Bantulah aku. Moga cara ini cara yang berhikmah. Janganlah Kau jauhkan hati mereka kerana hajat yang aku bawa. Hajat mentauhidkan-Mu Tuhanku. Moga doaku doa yang Kau terima.. Janganlah Kau biarkan aku walau dengan sekelip mata pun.

Lagu terbaik adalah alunan zikir ikhlas kepada-Nya.. Tenang dan Allah sendiri telah nyatakan dalam surah Ar-Ra'd:

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Teringat kata2 seorang senior tersayang, 'sekarang akak pergi kelas balik kelas, pergi library tiap2 hari tuh, akak nak redha Allah jer. solat tahajjud, sharing akak buat sekarang nih pon kalau Allah tak redha, akak takut tak dapat masuk syurga Allah tuh kerana kita masuk syurganya atas rahmat-Nya bukan berapa banyak amal yang kita buat.

*sharing is caring.


-diri... Sabar yer. Bulan 8 nanti baleklar.. Jumpa semua orang. Sabar. Ingat kenapa ummi abah hantar sini. TAK. Ingat! Allah takdirkan awak ada kat bumi Mesir nih. Allah pilih awak. Kuat semangat! :) Nak jumpa kak diba bole? Wanie? Smualah. Smua.

Monday, January 17, 2011

Al-Fatihah buat akak

Assalaamualaikum wbt.

Perhatian kepada warga iskandariah semua, solat jenazah ghaib berserta tahlil dan bacaan yaasin akan diadakan pada malam ini sebaik sahaja selepas solat maghrib, bertempat di tingkat 3 asrama MARA.

Tarikh: 17 Januari 2011
Hari  : Isnin
Masa  : Selepas selesai solat maghrib.

Takziah diucapkan kepada semua warga Iskandariah atas pemergian seorang daripada sahabat kita ini. semoga Allah menempatkan ruh arwah dalam golongan orang-orang soleh dan beriman. al-Fatihah.

Kematian merupakan satu peringatan bagi mereka yang masih hidup. semoga dengan apa yang berlaku ini mengingatkan kita akan kehambaan dan pengabdian sebagai seorang hamba Allah SWT.




"Dan setiap ummat mempunyai ajal, apabila tiba ajalnya, maka tidak dapat ditundakan ataupun disegerakan walau sesaatpun" (al-'Aaraf:34)

DIA...
Benarlah, kematian itu dekat.Kita tidak akan tahu bila dan di mana kita akan ditarik nyawa... Semoga Akak Iman diampuni dosanya sebelum pergi mengadap Ilahi dan dicucuri rahhmat Ilahi...

Terkilan juga kerana kali terakhir berjumpa dengannya hanya senyum dan 'assalamualaikum' cmtuh jer kerana masa tuh tgn penuh memegang barang pasar.. Dalam ingatan,lain kali boleh tanya khabar akak lagi.. 
"Bagaimana perasaan housemate die ek? Saya tak dapat bayangkan macamane kalu housemate..."

Persoalan yang dibawakan oleh housemate saya menyebabkan saya agak terkesan di hati...

Kematian itu sunnatullah. Tapi bagaimana kalau kematian itu berlaku di kalangan mereka yang dekat dengan kita? Apakah perasaan yang sewajarnya kita rasai?

KEMATIAN DALAM HIDUPKU

Pada saya yang hanya saja merasai kematian 2 orang pakcik dan seorang datuk (dalam keluarga terdekat), sejujurnya saya tidak merasai sangat suatu kesedihan atau kepedihan. Malah ketika kematian yang berderetan itu (saya berumur 12 tahun) otak sperti 'blur' dengan apa yang berlaku. Saya hanya menjadi tukang pemerhati akan gelagat2 dan reaksi ahli keluarga yang lebih tua. Kerana kalau diperhati reaksi tingkah laku si kecil2, mereka sangat kelihatan tidak mengetahui apa itu kematian yang kadang2 tertanya juga diri, bagaimana cara terbaik nak didik yang kecil2 (juga diri) untuk kenal mati. Untuk tahu kenapa kita mati.

"Kematian itu jambatan ke syurga. Kerana hanya orang mati sahaja yang dapat ke syurga." Bak kata seorang ustaz nih.

Reaksi yang tua pula, ada yang mengenang kembali memori bersama-sama, sakit apa pakcik2 dan embah... Tika embah meninggal, ummilah paling sedih kerana tak sempat berjumpa dengan embah. Kesian juga tengok ummi. Makcik2 muka cool walaupun dalam hati hanya Allah jer tahu. Suami tuh ibarat sahabat yang sangat rapat, dengan dialah kita berkongsi rahsia dan cerita, kesusahan dan kebahagiaan. Dan pemergiannya pastilah memberi rasa kehilangan yang amat sangat. Maka sambil saya memandang wajah mereka, kagum dan doa terlintas di hati. Kagum kerana bersabar dengan ujian dan doa moga hikmah pemergian akan cepat mendatang.. 

Patah tumbuh hilang berganti. Benarkah? 

DOKTOR DAN KEMATIAN
Mari pula saya bawakan rasa itu dalam konteks diri sebagai seorang doktor.
Doktor adalah wadah bagi seorang pesakit mengubati penyakitnya. Doktor pula mengubati pesakit dengan pelbagai niat (kerana-Nya? kerana duit? Tanyalah iman di hati apa niat sekarang nih?) tapi yang penting juga, dengan profesionalisme.. Apa itu profesionalisme?

Profesionalisme (profésionalisme) ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya ter­dapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga

Profesionalisme berasal daripada profesion yang bermakna berhubungan dengan profesion dan memerlukan kepandaian khusus untuk menjalankannya, (KBBI, 1994). Jadi, profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional (Longman, 1987).

Daripada yang di atas kita boleh katakan dan fahami mereka yang profesional tidak mencampur urusan peribadi dengan kerjaya mereka, tahu mengurus emosi ketika emosi paling menekan dan tidak memberatkan keputusan atas dasar pilih kasih nak selamatkan siapa(emosi juga tuh).. Begitulah seorang doktor bekerja, dia akan berhadapan dengan maut pada bila2 masa sahaja.. Satu keputusan akan mengubah hidup atau mengakhiri nyawa pesakit tersebut dengan takdir Ilahi. 

Tapi takut2 kalau dah selalu menghadap kematian, mayat tiada lagi perasaan gerun dengan mati, masalah juga tuh. Mintak dijauhkan...
Moga kita selalu ingin ada perasaan nak selamatkan nyawa kerana nyawa terdiri daripada 5 perkara yang perlu dipelihara dalam Islam...  

Para solihin dahulu tidak takut mati kerana ituah cara mereka akan menemui Tuhan mereka. Mereka tidak takut mati dan sentiasa mempersiapkan diri untuk menemui Tuhannya.. Persoalan untuk diri..

Have you prepare yourself?

*Gi study and fokus Dr!

Sunday, January 16, 2011

perkara yang Dr Farah perlu belajar

Belajar untuk bersuara pada tempatnya.

Tidak pentingkan diri.

TANDA2 ANDA SUDAH MATANG
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung. Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain. Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu. Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu. Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya. Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mewujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka. Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur

Bilakah saya akan matang begini? Belajar n amalkan.
Ilmu tanpa amal ibarat pokok mgga xd buahnya. Amal tnpa ilmu ibarat buah tak tahu ane asl usulnya. Tiada amal tiada ilmu. Xkn tcpai hsrt nk mkn mgga. (Hakikatny, hdp lbh drpd lzt mgga.. Its an everlastg journey of learning to mardhathillah)

Ps. Sanah helwah ya gamila arfa. 'mg Allah mgurniakn kkayaan ilmu, kelapangan dada, kemulian takwa dan kindahn kesihatan' selagi dikau mcari drpd Dia yg Maha Kaya, Maha Pengampun.. Xoxo

Monday, January 10, 2011

Krebs / Citric Acid Cycle



warna boleh meningkatkan daya ingatan!

Sadaqallahul a'zim~ Tido tyme..

Tadabbur Surah al-Qasas
"Daripada rahmat-Nya, (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur".

Chicken soup for the soul

Salam syafakallah buat sahabat2.

Musim sejuk pernah disebut kelebihannya oleh seorang sahabat Rasulullah, ibnu mas'ud r.a berkata:"banyak kebaikan pada musim sejuk; diturunkan padanya barakah, malamnya panjang untuk berqiamullail dan dipendekkan malamnya untuk berpuasa."

Tapi musim sejuklah jika tidak dijaga gaya hidup maka mulalah selsema dan batuk2. Perit lagi jika hilang suara tika ada presentation of assignment. :] (sayalah tuh) Jadi jika ada yang sedang tidak sihat tika ini atau mahu resepi musim sejuk yang menyelerakan dan insyaAllah menjaga kseihatan, bolehlah lihat resepi 'home-made' Dr Farah. :) 
Alhamdulillah setelah makan sup yang dicadangkan abah, selsema dan batuk sudah kurang.. 

BAHAN-BAHAN
-Halia
-Bawang merah
-Bawang putih
-Lada hitam (sos pon boleh, ambillah dalam 3 sudu)
-Ayam (potong kecil2)
-Sayur-sayuran~
*the starches in potatoes, sweet potatoes, parsnips and other root vegetables act as natural thickeners, adding substance to homemade soup recipes. 
*White potatoes are rich in potassium, a mineral that keeps your blood pressure within a healthy range, and vitamin C, a nutrient that helps your body fight infection. 
*Sweet potatoes offer beta-carotene, a provitamin that turns into vitamin A in your digestive system. Vitamin A, known as the "anti-infective vitamin," plays an essential role in supporting your immune system. 
*Combine sliced winter root vegetables with garlic, carrots, leeks, tomatoes, beans or lean meat for a high-fiber winter stew.
#disebabkan kekurangan bahan maka sup saya tempoh hari dihiasi dnegan~ lobak merah, kobis, kobis bunga dan kentang.


CARA-CARANYA
i-basuh bahan2 dengan bismillah dan selawat
1-blend (kalau ada penumbuk, tumbuklah, lagi berasa) atau potong halus2 bawang2 dan halia 
ii-niatkan bahawa saya masak untuk diri dan kawan2 cepat sihat dan seterusnya dapat beribadah kepada-Nya dengan lebih baik.
2-panaskan minyak dan tumis bahan (1) sup bunjut (atau serbuk sup) dan lada hitam sampai naik bau. kemudian masukkan ayam.
3-Gaulkan ayam sehingga separuh masak (kira2 putih sikit ayam tuh) 
iii-sambil gaul, bacalah 'Laisalaha mindunillahi kasyifah=tiada yang dapat bersembunyi daripada pandangan Allah'
4-masukkan air, stok ayam dan kentang. renehkan sehingga mendidih dan kentang sudah empuk
5-masukkan kobis dan cauliflower
6-masukkan garam secukup rasa :) 
7-MAKE SURE EAT IT WARM and baca bismillah serta doa makan.
EnJoY~. 
sup saya serupa ini. bagaimana dengan anda punya?
serupa inikah?
atau yang ini? kalau rupa yang ini, sangatlah saya teringin memakan masakan kamu. :D
#If you are buying canned chicken soup, look for brands labeled "low-sodium," which indicates that they have 140 mg sodium per serving. 

#You can reduce sodium even further by preparing chicken soup at home using your own stock. Simmer vegetables with beef, chicken or fish in water for several hours, then drain the liquid. This nutrient-rich stock can provide the basis for a homemade chicken soup. Add sauteed kale, a dark green, leafy cruciferous vegetable, for vitamin C, beta-carotene, iron and zinc.
Read more: http://www.healthy-eating-made-easy.com/vegetable-soup-recipe.html

 Oh yer.. Teringat juga dahulu kala (di Malaysia) kalau tak sihat jer, abah mesti suruh makan madu. sbenarnya memang gemar makan madu tiap hari. apatah lagi dengan roti bakar takpun jadikan air madu spertimana yang Rasulullah selalu lakukan. (dulu tak tahu pun Rasulullah suka minum madu campur air, sekarang baru tahu. Moga lebih berkah amalan dengan adanya ilmu) sesungguhnya madu itu mempunyai seribu satu kebaikan. Cuabalah yer :) 


#kronik masalah kawan2 saya nih, daripada tadi asyik ckp pasal kawen.. ^^" taper wahai sahabat, pengapit sudah ade (saya ^^V)
Perkahwinan itu satu ibadah; jika satu daripada kamu mendapat calon pasangan yang baik, dahulukan diri kamu daripada insan yang lain..

Moment-to-moment


Hairankan? Apabila manusia dalam keadaan memerlukan, pertolongan-Nya, dalam kegentingan.. Punyalah kita semangat solat fardhu awal waktu, tak azan lagi amek air wudhu'.. Panggil kawan2 solat yok.. Solat sunat berbakul2.. Tapi pabila kita diberikan kesenangan..

"Dua nikmat yang sering dilupakan manusia; nikmat masa lapang dan nikmat sihat"

Marilah kita berjuang mengisi masa lapang dan masa sihat dengan perkara yang berfaedah. tinggalkan perkara lagha dan hayya a'la al-falah~

MUMTAZ! insyaAllah.

Dr Farah, exam modul 2 harituh susahkan? jadi mari berusaha ke arah pembaikan.

GLUCONEOGENESIS A PARTIR DE LIPIDOS



kalaulah dia berbahasa inggeris pon boleh juga saya faham banyak2, taper, lepas nih kita blajar french pula. Tapi video nih tetap menarek.. bljar biochem beserta muzik..

Imam Yusof Al- Qardawi menfatwakan bahawa muzik itu dibernarkan dengan syarat2 yang tertentu.. Antaranya adalah
-tidak menyebabkan lalai kepada Allah (walaupun kita dengar Maher Zain pon jika lalai smpai waktu solat pon terbabas, maka itu dikira haram)

InsyaAllah, carilah jalan yang diredhai Allah

Glycolysis



menarekk <3

mengulangkaji glycolysis :]

Tips Menghafal Al-Quran

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? (54: 17).

Dalam ayat di atas tedapat jaminan untuk dapat menghafal al-Quran bagi yang berusaha menghafalkannya. Imam Qurtubi dalam menjelaskan ayat tersebut menyatakan sebagai berikut: "‌Artinya Aku (Allah) memudahkan menghafalnya dan membantu bagi yang berusaha menghafalnya. Adakah orang yang berusaha menghafalkannya, sehingga dimudahkan dalam menghafalnya?" (lihat tafsir al-Qurtubu: surat al-Qamar).


(Menulis sambil mendengar 'pemergianmu'~ sob.sob "Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu..".)
Assalamualaikum wbt.. Salam syg wahai sahabat2, salam kiriman doa moga urusan dipermudahkan,  apa yang dibaca difahami, apa yang lupa diingatkan, insyaAllah~

Sebelum kakiku menjejakkan kaki ke bumi Mesir nih sebenarnya, saya sedikit keliru nak ke al-Azhar atau ke Alexandria.. Sebab, selain ingin menimba ilmu medik, saya nak sgt menghafaz al-Quran, dan belajar bahasa Arab. Ana uhibbuki A'rabi <3 Dan jika saya ke al-Azhar, pastinya apa yang saya ingini itu ada dalam silibus pelajaran.. Tapi nak ke saya belajar setakat kerana ada dalam silibus.? Hati yang baik akan menyalurkan niat ke arah kebaikan.. insyaAllah.. Jadi kenapa tak ke al-Azhar? Kadang2 hati tertanya juga kenapa.. Kenapa aku kat Alex nih? Kemudian saya akan cuba yakinkan hati balik, Allah telah menetapkan hatimu dulu dan menakdirkan kamu di sini, kerana Dia tahu apa yang terbaik untukmu wahai Farah Wahida Mohd Fauzi :) . . .Kalau tak, takderlah jumpa ramai2 insan yang menarek, memberi ibrah daripada pelbagai sudut, menikmati pemandangan laut depan rumah jer, laut yang membalikkan keindahan biru si langit.. Suke2 :) Alhamdulillah syukur Lillah yang tak terhingga. 

Jadi, walaupon dah di'aturkan' untuk duduk di Alex nih, semangat nak menghafaz al-Quran tuh masih ada.. Tapi, menghafaz al-Quran tuh bukan senang.. Banyak ayat mutashabihat (ayat2 mirip).. Lagi juga, saya nih budak sekolah biasa kan.. Jeles juga dengan kawan sekolah agama yang dah hafal Surah Taubah, sebahagian Al-Baqarah, Yasiin dan juz A'mma serta lain2.. Bagaimana dengan diri nih yang sudahlah kotor hatinya, nak hafal terutamanya dengan tiada perasaan berputus asa.. Ini tips didapati daripada Syekh Osama Abdul-Azeem dari Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir.

1- Benar-benar bertaubat.. Kerana Allah tidak akan memberi kelapanagn kepada mereka yang berdosa.
  Imam Syafii pernah mengungkapkan kepada gurunya akan kesulitan dia dalam menghafal lalu gurunya meminta dia untuk meninggalkan perbuatan dosa.

2- Fikirkan tentang betapa mulianya penghafal Al-Qur'an itu seperti disebutkan dalam hadits dibawah sehingga anda memiliki semangat untuk terus menghafal Al-Qur'an. Mintalah kepada Allah untuk membimbing anda dalam menghafal Al-Qur'an.
Dari Abdillah bin Amr bin 'Ash dari Nabi SAW, beliau bersabda, "Akan dikatakan kepada shahib Al Qur'an, "Bacalah dan naiklah serta tartilkan sebagaimana engkau dulu mentartilkan Al Qur'an di dunia, sesungguhnya kedudukanmu di akhir ayat yang kau baca." (HR. Abu Daud dan Tirmidzi). . .
 Hadits ini menunjukkan keutamaan bagi mereka penghafal Al-Qur'an

3-Luangkan waktu khusus per hari atau beberapa hari untuk menghafal Al-Qur'an. Waktu yang memang ketika anda sedang tidak sibuk dengan urusan lain. (SELEPAS SOLAT contohnya.. )
4-Gunakan mushaf Al-Qur'an yang sama tiap kali hendak menghafal. Hal ini dikarenakan otak kita menangkap ‘snapshot’ dari halaman-halaman.

5-Mulailah dari surah yang anda anggap termudah bagi anda. Banyak yang menganjurkan untuk memulai menghafal dari lima juz terakhir (juz 30 lalu juz 29 dan seterusnya).

6- Awali dari surah yang anda benar-benar suka untuk menghafalnya, lalu diikuti oleh surah yang anda sering dengar dan diikuti dengan surah-surah yang anda kenali dari hati anda (betul2 berkesan, cuba biasakan diri mendengar ayatul Quran terutamanya juz amma, daripada walkman kita berkumandang lagu pelik2, dengarkan ayatul Quran tika nak pulang daripada rumah, pergi ke uni.. InsyaAllah secara tak langsung ayat2 tuh tertanam dalam minda. Terpulang sebenarnya, tapi berkesan buat saya. :]
7-Semakin muda usia anda maka akan semakin mudah menghafal Al-Qur'an. Semakin tua usia anda maka anda akan semakin sibuk dan kapasiti memori otak anda semakin berkurang. 
( Namun tidak pernah ada kata terlambat, InsyaAllah. Jika kapasiti memori anda ketika masih kecil atau remaja tidak begitu banyak dipakai maka anda mungkin dapat dengan cepat menghafal Al-Quran).
(Anak nanti nk ajar hafaz al-Quran tika kecil.. Buat sahabat2, tanamkan azam nih yer, kerana salah satu faktor kejayaan ilmuan Islam dahulu adalah mereka menghafaz al-Quran tika kecil, kira mereka menyelesaikan urusan agama sebelum ilmu fardu kifayah (dunia)..

 8-Setelah menyelesaikan beberapa ayat, baca ayat-ayat tersebut dalam solat anda. Cara lainnya iaitu anda berlatih bersama teman atau pasangan anda.

Yang terakhir mungkin akan menjadi idea yang bagus jika anda membentuk suatu kelompok sehingga boleh saling memberi semangat. Jika anda memiliki anak-anak dan menginginkan anak anda cepat dalam menghafal Al-Qur'an buatlah semacam persaingan diantara mereka dan berikan balasan kepada mereka yang menghafalnya terbaik. Semoga Allah membimbing kita untuk selalu berada di jalan-Nya, Amin.

Dan cara2 menghafal al-Quran yang saya terjumpa sunber daripada syariahonline.com sama seperti ustazah sumayyah praktikkan. Cara-caranya~

1. Metode talqin (guru membaca lalu murid menirukan dan jika salah dibenarkan).

2. Tasmi`(murid memperdengarkan hafalannya di depan guru), biasanya disebut setoran hafalan.

3. Muraja`ah (pengulangan hafalan), teknknya sangat banyak~ dilakukan sendiri dengan merekam atau memegang al-Quran di tangannya, atau dengan berpasangan. Ini sangat berguna untuk memperkuat hafalan.

4. Tafsir (mengkaji tafsirnya ), baik secara sendiri maupun melalui guru. Hal ini sangat membantu menghafal atau memperkuat hafalan, terutama bila surat atau ayat tersebut dalam bentuk kisah.

5. Tajwid (perbaikan bacaan dan hukumnya) *Mendahulukan bacaan yang benar (tajwid) atas hafalan ye kawan2*

Wallahualam. :)




*Penerangan lanjut and akak Izzatul and Farah Nadirah~ Gambar korg x berapa nk lawa so sy hide dulu yer. :)


 

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar

 

Pertama kali melihat, menghadam video nih, pada kembara pertama ke Mandara.. Akak2 dirasat di sana sgt best, tahu nak memilih cara pentarbiyahan diri yang menarik.. Apabila melihat video ini, dengan blik yang digelapkan, sunyi.. Rasa terharu, pada cinta dan kasih Rasulullah SAW pada kita umatnya. Jika melihat pada video ini, Rasulullah bersusah hati dengan keadaan kita, umatnya.. Lagi2, Jibril mengatakan ramai antara kita yang tergolong daripada ahli neraka.. Nau'zubillah.. Ada tangisan yang ku terlihat.. Lembutnya hati2 yang dekat dengan Allah dan Rasul-Nya..

Teringat sabda Rasulullah SAW (bacaan daripada buku yang dihadiahi fasi BOOM!)~
 ~"Umatku akan dibahagikan kepada 73 bahagian, dan kesemuanya akan ke neraka kecuali satu". Para sahabat bertanya,"Yang mana itu Ya Rasulullah?" Bersbda Nabi,"Yang mengikuti aku dan sahabatku"~ Riwayat at-Tirmidhi.
(Buku tuh bhs Eng. jadi sy translte kn, apa yang salah moga dijauhkan.. Sampai2kan, kta berkongsi agar jadi peringatan bersama, insyaAllah)

Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW, insan terpilih, Habiballah..


Salam alayk.. Kalau saper yg terperasan, post yg ini sebenarnya telah diedit. :)

Saturday, January 8, 2011

Seminar Perubatan Islam



InsyaAllah, winter break nnt selain nak menjenguk kawan2 di Tanta, teringin nak sertai seminar nih. Mari kita tingkatkan ilmu ke arah menjadi Doktor muslim yang berjaya. InsyaAllah. Barakallahufik

http://karnival.perubatan.org

p/s: wish me gudluck and all other alexandrians too for our modul exam today at 10-11.35 at the periodical buliding, Gama'ah iskandariah.

:) 10 days after dat is our mid sem exam mcq (23/1) and 26/1 is the essay.

Friday, January 7, 2011

Jalan Pulangku

Jalan Pulangku (UNIC)

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu.... 

Lagu nih dah lame saya minat sebenarnya, tapi ada satu hari roomate tersayang beri lagu nih. sgt suka. syukran ya sahbati :)
dan juga hari ini saya tukar nama blog kepada 'fjalanjauhkesana.blogspot.com'
Kakdiba apa2 pon farah tetap ingat kak diba yang buatkan, initiate-kan blog ni. i always miss you.. 'Beanie the blanket' always as comfy as you are.

diri.. moga2 sentiasa ingat~

PerJALANanku masih panjang.. dan JALAN menuju syurga yang manis itu pahit dnegan ujian..

*it seems dat i like to talk about 'jalan' aint i? Jalan-jalan cari ibrah :)
    noun
  1. road, route: an open way (generally public) for travel or transportation
  2. road: a way or means to achieve something "the road to fame"

Persoalan Hijabku

*"sejak bila awak pakai 'macam ni'?"
*"Kenapa awak pakai macam nih?"

"Macam nih? Macam apa tuh?," desis hati tiap kali soalan sebegitu ditanyakan. Tidakpun...

"Awak dulu sekolah mana? Sekolah apa?"

Erm, kenapa yer soalan itu ditanyakan, Kulihat atas bawah diriku. Aku rasa masih seperti biasa. Perangai masih belum berubah. (eish2 T>T) Mungkin tudung jer dah labuh 'sedikit' tapi aku masih lagi diri aku. Aku yang masih banyak kekurangan, masih lagi mencari kekuatan mengislahkan diri dari hari ke hari. Masih perlu menimba ilmu Ilahi yang terlalu banyak.
Masih tersangat jauh daripada mulianya Siti Khadirah.
Masih tersangat jauh daripada sucinya Siti Maryam.
Masih tersangat jauh daripada cerdiknya Siti Aisyah.
Masih tersangat jauh daripada semangat mujahada Sumayyah.
Sangat jauh juga daripada kentalnya permaisuri Asiah.

Balik kepada soalan, sejak bila dan kenapa? Apabila datangnya soalan sebegitu, kelu juga nak menjawapnya.

"Adakah kau kelu kerana tak tahu niat sebenar kau wahai diri?"

"Tidak. Aku TAHU kenapa aku memilih untuk memakai sedemikian. Aku memakai hijabku bukan kerana manusia. Lillahi Taala.~

1. Hati yang ingin sekali istiqamah tunduk pada perintah-Nya
2. Ingin menyelamatkan diri dan 'mereka' daripada pandangan 'mereka. **
3. Apabila begini, otomatik saya perlu menjaga peribadi dengan lebih baik bagi mengelakkan fitnah.

'Kemuliaan wanita pada sifat malunya'

4. Yang tertutup itu kan indah.
5. I feel more beautiful. Not in man's eyes but to Allah.
6. Thus, i felt closer to Him.
7. When wearing hijab, don't u feel more responsible? You are holding Allah's order.. Also train you to manage tyme. Leh?? Kuz you need to prepare longer than those who doesnt wear hijab properly or free-hair. ~you need to ron it, make sure you look nice in it but also well-covered to prevent from fitnah. How hard is that?

'Dalam setiap suruhan Allah itu ada kepayahan, tetapi kepayahan yang tidaklah sampai memustahilkan pelaksanaan suruhan malah meningkat darjat seseorang hamba itu :)'

=) insyaAllah moga istiqamah dalam pentarbiyahan diri.
Teringat tugas Khalifah yang Allah telah amanahkan kepada kita. Apa tugas khalifah tuh sebenarnya?
Menjadikan diri lebih baik --> menjadikan diri insan sekeliling lebih baik -->menjadikan alam lebih baik -->daulah Islamiyyah

"Ramai diberi Allah taufiq tapi tak diberi hidayah"
(??)
Mereka menginginkan kebaikan tapi tiada atau tak cukup 'initiative effort' tuh.. Tak kiralah dalam menutup aurat, berbuat kebajikan mahupun bangun malam dan bertahajud. T>T ..Dr Farah~
*Got a story about dis actually, in da next post insyaAllah. :]

Moga Allah m'beri kita kekuatan dan limpah Rahmat-Nya dalam beribadah HANYA KERANA-NYA.
Wallahualam.

#Oh yeah, i wish. i wish. i wish sooo much. to answer medical questions as smooth as i write my accounts of lyfe. WRITE! becuz not necessary i know deeply o my lyfe. but i can choose to know deeply of my studies. ^^

-26/11/10

Monday, January 3, 2011

Jalan Mentari

Sahabat...
Dari jauh kulihat wajahmu
Senyumanmu kian mekar
Dirimu kian bahagia
Sahabat..
Ketahuilah aku sangat mengasihimu
Ketahulilah aku sangat gembira..
Dengan perubahanmu wahai sahabatku
Jalanmu berhati-hati
Pelukanmu mesra sekali
Dapat kurasakan hangat cahaya hidayah kurniaan Ilahi
Yang kucuba timba
Kucuba serap moga aku istiqamah dalam perubahan diri sehari-hari
Ya, manusia sentiasa berubah
Tapi ke arah mana perubahan itu juga sentiasa berubah
("faham ker?", dgn nada seorang sahabat yg ku kagumi, comeyl sekali)
Maka, aku sentiasa ingin berubah dan merubah
Berubah menjadi hamba yang disayangi-Nya
Merubah diri, peribadi,
Jadi yang gagah, 
kukuh semangat menggapai redha-Nya
Bukan hanya dengan pakaian semata-mata
Yang menjadi perhiasan lahiriah
AKu mencari yang batin..
Yang batin..
Yang batin..
Ya Allah yang memegang hati
Tuhan yang membolak-balikkan hati
KAu Jadikan hati kami tetap dalam agamaMu
Tabah menyahut seruan cintaMu
 ****
Semua orang ada masa lalu, 
Semua orang hidup pada masa kini 
Dan
Semua orang berhak hidup untuk masa depannya

TAPI?
Masa depan bagaimna yang berhak dipilih?
Doalah moga Allah sentiasa menunjukkan kita jalan hidayah-Nya
Agar dapat kita selamat sampai ke 'sana'
 
Salam a'alayk buat sahabat2..
Salam a'fiah, salam kasih mesra dan harmoni hendaknya insya-Allah
Jaga diri, kepada yang Allah kurniakn musim sejuk kepadanya, minum air banyak2, mkn buahan yang tinggi Vit C, jaga kebersihan..
Jangan stress juga. Yelah, nk pekse dah kan alexandrians nih, sebab stress bisa menerukkan penyakit.. 

wallahualam.
(Hati2 my dear fren, bole pulak Dr Farah luper kena teman dier p mesyuarat. Change your attitude dr!~)