Saturday, December 24, 2011

JAZAKALLAHU KHAIRA

Jazakallahu khaira... Allah membalas kebaikan kepadamu..

Drpd Usamah Bin Zaid RA,

"Dan siapa yang menerima budi orang,lalu setelah dia tidak mampu membalasnya, berkatalah orang yang menerima kebaikan tersebut,Jazakallahu khaira, Tuhan jualah yang membalas kebaikan kepadamu dunia dan akhirat, maka dia telah membalas budi tersebut dengan sepenuh-penuhnya."

HR at-Tarmizi



i smiled happily at having the chance to open this video shared by a sister. because today, i felt so blessed..

Study group, taught me to be patient, and focus and whatever i do, they love me. and it blooms our love for each other, a support system that i greatly cherished, a gift im greatly thankful. Secretly, it relieves my ego and save me from that feeling of high-mighty.


Housemates that understand my absence. Cooked breakfast and as i got home, the delicious smell of food lingers~

Sisters that always constantly reminding me that this world is only a borrowed place given by Allah with His love as to let me take as much supplies to take to the Hereafter. A while ago, i followed Ili to go her dearies' house. Alhandulillah, all praise and thankful to Allah that moved my heart to follow her, i felt that im the one being 'tanfis' cleaned at heart with reminders. Alhamdulillah, those gurls very well understood the purpose of their life, why we should study? Stduying is only a way to get near to Him as many ways as others, but due to amanah, this taklifan must be our main priority, but dakwah is never second.


I also got a message that melts my heart,

salam dear love

Alhamdulillah sem ni berjalan lancar walaupun ada beberapa hal yang menjadi batu penghalang.
+ dengan final year project yang buat semua student utm tak tido 3 minggu ( ok ini over exaggerated )
dan walaupun semua markah jatuh tersungkur
namun tidak mengapa. i believe in Allah

InsyaAllah next sem kakdiba intern.
doakan kakdiba ye fara

kakdiba berdoa agar kita dapat bertemu sekali lagi tahun hadapan.
since tahun ni dapat jumpa sekali je.
kakdiba rindu fara sangat2. rindu kerana Allah.

jage diri baik2 dekat sana. jaga iman.
saling berpesan2 kpd kebaikan dgn kawan2 lain ye syg.

i blew my love through the wind
-;)

I got home, and guess what??




I LOVE YOU IZZA NADZMI. i felt grateful,though with your silence, im still in your heart. Allah please let this sweet girl be one of your strong soldiers in bringing back Your deen. insyaAllah, amiin~

Jazakillahu khaira~ He gave me these, without His will, i wont even able to breath, to taste the cake or even think, these are nikmah...

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Wednesday, December 14, 2011

Oh mama, aku mahu kawen...

Assalamualaikum wbt.

Kaifa halukum ya jama'ah? Khair? insyaAllah :)

InsyaAllah lepas ni boleh cakap arab foshah lebih sikit sebab petang tadi baru daftar kelas arab di markaz Misr-Turk.

Pasal tajuk di atas, kontroversi tak agak-agaknya? Jangan terkejut di rumah saya ada sahaja yang menyanyikannya. Diri ini yang mendengarnya mesti tersenyum, namun diam seribu bahasa. Mungkin saya tak rasa saya layak dan sedia lagi? Dan masih banyak sangat kerja mentarbiyah diri dan masyarakat yang tak mampu lagi dilunaskan, bagaimana nak mentarbiyah sebuah 'Baitul Muslim'?

Bercerita seorang housemate mengenai perbualannya dengan kawan-kawan kelas, siapa yang di antara housematenya yang akan berkahwin awal, diri saya disebut setelah dia. Hurm.. Mungkinkah? Diriku menidakkan. Berpegang teguh aku harus kuat mencintai Dia, dan menyeru insan sekelilingku agar cinta kepada Dia dahulu sebelum aku melangkah ke 'sana'. Cinta Dia tidak pernah mengecewakan. Dan dengan mencintai-Nya, saya akan berjumpa dengan insan yang akan memupuk lagi kekuatan cinta pada-Nya.

Mana mungkin ku jumpa duit emas di dalam hutan semak samun, begitu juga cinta..
Mana mungkin ku jumpa cinta yang harum semerbak dalam sampah sarap dunia...
Perlu kubersihkan dunia sekelilingku, barulah mendapat yang indah belaka.

Rupanya diri ini Allah campakkan ujian untuk melihat tekadku bukan omong kosong...
Sampai kadang-kadang aku berkata, Ya Allah, cepatkanlah jodohku, atleast kalau rindu suami dapat pahala.

Terkenang masa tu, diri ini tersenyum lagi, mesti berat sangat perasaan itu sampai aku berharap demikian. :] Setelah tarbiyah datanglah ujian. Ya, Dia telah berkata dalam ayat cintaNya...

47:31  Dan sesungguhnya Kami (Allah) benar-benar akan menguji kamu agar nyata pengetahuan Kami (Allah) siapakah mujahidin (orang yang berjihad) antara kamu dan yang bersabar, dan Kami (Allah) uji pula berita-berita (hal ehwal) kamu.  

Share doa yang disarankan menghafal dan mengamalkannya oleh akak naqibah...

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yg mencintai-Mu serta cinta yg dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

Ya Allah, apa saja yg Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yg Engkau cintai. Dan apa saja yg Engkau singkirkan daripada apa yg aku cintai, maka jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.


Ya Allah, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.


Ya Allah, jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.


Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yg Engkau cintai.


Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhoan-Mu".

[Hadith At-Tirmizi dlm Jami' al- Sahih, Rasulullah s.a.w bersabda: Inilah doa yg biasa dipanjatkan oleh nabi Daud a.s]


Wallahualam..  

Saturday, December 3, 2011

Perasaan itu datang lagi

Assalamualaikum wbt.. izzayyikum ya jama'ah? kwayyisin? 

:) Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Bersyukur dengan infinity kita diberi peluang oleh Allah untuk masih bercakap, senyum, melihat, menulis entri kali ini dan yang paling. paling. paling penting... masih dalam nikmat Islam dan Iman... Kejap, ya saya masih Islam sebagai agamaku, tapi adakah saya tergolong dalam mereka yang beriman? Yang percaya seratus peratus Dia yang menguasai Alam, dan diri ini?

Selalulah kita mohon akan hidayah-Nya, ditempatkan dalam golongan yang dicintai-Nya. Antaranya, mereka yang membuat amal kebajikan tanpa mengharap balasan manusia.

Perasaan itu datang lagi?
Perasaan apa itu? Jatuh cintakah diri ini? Kepada siapa?
.
..
:)
...
..
.
.
Allah telah menegurku. 
Tegur tanda sayang.
Alhamdulillah Allah sayang lagi padaku.
Walaupun hati ini sayu sangat, rasa nak sangat menangis kuat-kuat, tapi dalam masa yang sama aku tak dapat menolak rasa BAHAGIA yang amat, kerana Dia mengujiku.
.
.    Sungguh pelik mukmin itu,tak berlaku kepada manusia lainnya, ketika diuji dia bersyukur dan ketika diberi nikmat dia bertahmid. 
.
. Allah, ujilah aku lagi. Biar mata ini basah dengan air mata, air mata yang takut pada-Mu, air mata yang membersihkan jiwa kerana mengharap ampunan daripada-Mu.
.
.
.
Wahai diri, masa silam itu adalah pengajaran buatmu, buat mereka mengetahui, janganlah engkau memandangku pada aku yang semalam, kerana hari ini aku sedang membina diri menjadi bidadari syurga hari esok. 

Kita semua mahu berubah, maka lajukan langkahmu meniti tingkat-tingkat kebaikan. Engkau tidak tahu bilakan hidayah-Nya diambil semula. Perasaan rindukan kebenaran kian hilang. Salah siapa?

Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami dalam agamamu dan dalam mentaatimu. 

Allah~
Perkenankanlah ~

Penyakit biasa bagi para doktor: EGO

Assalamualaikum wbt.

Dalam perjalanan nak ambil visa pagi tadi, Halwa telinga IKIM dipasang dan di udara adalah Dr. Muhaya Mohamad, Pakar Mata dan Teknik Lasik dan seorang doktor pakar yang kuamat kagumi selain Dr. Harlina Siraj; yang keduanya kukagumi kerana pesona akhlak seorang muslimah yang kuat dan menjadikan medan perubatan sebagi medan dakwah. Satu jalan yang kuingin sekali tempuhi.

Slot pagi tadi berlangsung dengan para pendengar bertanyakan soalan yang berkaitan motivasi, takut, dan of course mata. Saya tertarik sangat dengan satu persoalan yang dibawa oleh seorang lelaki yang mempunyai isteri seorang doktor.

Pada awal perkahwinannya, semua nampak indah dan menurut syariah. Tapi selepas beberapa lama, isterinya mula menunjukkan sikap menderhaka kepada suami seperti tidak mahu bercakap dengan suaminya serta tidak mahu melayan suaminya. Si suami ini meminta nasihat daripada doktor bagaimana untuk menasihatkan isterinya yang doktor ini....    

(sedikit olahan daripada pendengar bernama Farah Wahida)
Bismillahirrahmanirrahim


Kebanyakan orang yang mengambil bidang perubatan ini mestilah terdiri daripada mereka yang bijak pandai. Daripada kecil sudah tentu mereka dibiasakan diri dengan pujian daripada mak ayah mereka yang bangga akan anak mereka kerana mengambil bidang perubatan. "Anak kami pandai~ etc" sudah biasa di telinga anak-anak ini. Keadaan ini sedikit sebanyak menyemai sikap ego dan bangga diri dalam para doktor. Tapi sikap ego inilah yang menyebabkan para doktor tak mahu mengaku silap mereka dalam memberi ubat, melayan pesakit dan sbginya. Ego itu satu penyakit hati dan untuk menjadi doktor yang tugasnya merawat manusia, rawat hati diri sendiri sebelum merawat orang lain. Hati penting kerana mempengaruhi cas-cas dan mood seorang doktor. Boleh jadi seorang pesakit susah nak terima rawatan daripada doktor yang ego ini kerana cas-cas yang negatif yang terdapat dalam dirinya.


Seperkara lagi, redha Allah sepatutnya menjadi aim utama sesuatu pekerjaan dilaksanakan. Kenapa jadi doktor, untuk merawat manusia, agar manusia dalam kesejahteraan dan mendapat keredhaan Ilahi. Begitu juga dengan perkahwinan. Berkahwin adalah satu ibadah untuk mencari redha Allah. Mentaati suami termasuk ibadah dalam perkahwinan yang mebawa kepada redha Allah. Apa guna kalau kita boleh rawat manusia tapi di rumah menderhaka kepada suami? Di mana keredhaan di situ? 


Doktor.. Bekerjalah mencari redha Allah. Buat sesuatu kerana-Nya, insyaAllah... Aman bahagia (nih ayat sendiri)

Mendengar ini, terasa juga nak tanya abah di sebelah, "Are you proud of me?" But, i retain that question since i dont want to ask something obvious yet i myself cannot really feel proud of myself.

Dan juga sangat terasa, takut-takut diriku menjadi seperti doktor wanita isteri dalam radio itu suatu hari nanti.

Dan sebab itu juga pentingnya tarbiah secara istiqamah.

So, Have YOU learn something NeEWW about your religion today?

Tumuhat Tarbawiyah! ^^