Tuesday, December 14, 2010

default

  

mein edit2 :)

Farihatul Asyura



Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.

Mengambil kata2 akak taqiyyah, macam mee bandung johor, kalau kita suka dier, kita kalau boleh nak bgtau sumer org, kesedapan dier, bestnyer dier.. 

dan prinsip makcik, kita hendaklah ,memberikan perkara yang kita suka, dan kalau diberikan sesuatu, hendaklah membalas dengan perkara lebih baik atau paling tidakpun, sewaktu dengannya.

*Suka doa ini. maka nak share sumting i like. ^^

Assalamualaikum wbt~ 
erm, esok, hari rabu adalah 9 Muharram dan seterusnya, 10 Muharram pada hari Khamis. Kita digalakkan berpuasa pada hari tersebut dengan mengambil sunnah nabi yang mewajibkan puasa hari Asyura sebelum diwajibkan berpuasa bulan Ramadhan..

Teringat sweet memori dgn seorg shbt yg lembut hatinya, chy kebaikan bertakhta di namanya juga di pada lakunya, insyaAllah..

Saya berkongsi dengan dia fadilat berpuasa pada hari Asyura nih dengan hadis~

oleh Qatadah ra. (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi)

She was very happy and wanted more. it may be simple but the feeling is VeRyyy sweet.
Salam Farihatul Asyura yer sahabat2.. 
Farihah dengan mengamalkan mengerjakan yang fardhu dan memperbanyakkan yang sunat. :)
*Farihatul Asyura, Kegembiraan Al-Asyura
*juga nama yang saya sgt2 suka dari dulu, nak bagi nama anak yg first kowt, insyaAllah kalu perempuan then, Fatimatul Maryam, reason-dua nama nih sy gunakan apabila pakcik makcik arab tanya nama, p ms awl2 di Mesir nih. juga nama wanita2 mulia dalam Islam. serikandi yg patot dcontohi. skrg, selesa guna Wahida :) 
Wahidatul Layyinah. sedapkan. tapi tader huruf F. ^^

Diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).
 
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Sunday, December 12, 2010

Selamat tinggal buat sekarang~

Salam ya gama'a~

:D tajuk blog saya pada hari ini diambil daripda kata2 terakhir adek saya, Hariz tika saya harus mengundur diri daripada skype tempoh hari..

Selamat tinggal. Doa moga diri yang meninggalkan selamat, doa moga diri yang ditinggalkan jua sleamat. Bi iznilah, the most precious Guardian.

Dan saya harus juag mengucapkan yang sama kepada jln ini buat sementara waktu. Bukan xnk berjuang, bukan xnk mengakkan sebab utama membina blog ini...


*Mengekspeskan muhasabah diri dan dan mengambil ibrah daripda insan sekeliling..


Tapi, saya harus mengejar kembali rentak pengembaraan diatas jalan ini. Sya sgt hormat dan tabik kepada para senior yang sebenarnya sedang menghadapi peperiksaan tapi masih meluangkan masa mereka melaksanakan aktiviti2 BooM mahupon dakwah merpatakan ukhuwah..


Kamu inspirasi ku...


Jadi, undur diri dulu.. Jaga diri baik2..


Dan mohon maaf juga kerana sebelum ini mmg ada masa utk menurap jalan ini tapi.. ats dsr tak mahu menjadi fitnah hati, dan tak mahu menyalahkan niat di hati maka saya memberhentikan sementara kerja2 penurapan.. insyaAllah, pembaikan diri bukan hanya di blog tapi, di atas 'jalan' realiti seharusnya..


I like this song very much.. First hadis in the 40 hadis compiled by Imam Nawawi.. Why? Everything starts with the niat..



 And becus the strong niat of these heroes, they have shown the world the power of Islam. Allahuakbar!!


BOOM! 2

Asalnya solat~

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

"Wan, bangun Wan! dah subuh ni!"
teringat aku waktu kecil-kecil, abah selalu kejutkan aku bangun subuh..
sekarang dah besar pun, bila balik malaysia, abah yang kejutkan bangun subuh..liat betul nak bangun sembahyang subuh..

subuh oh subuh

orang kata tak kenal maka tak cinta..
ada apa dengan subuh sebenarnya...dan ada apa pula dengan solat-solat fardhu yang lain...~

NABI MUHAMMAD SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah swt untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti nabi-nabi lain, umat Nabi Muhammad saw telah diperintahkan untuk mengerjakan lima waktu setiap hari.

Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah terhadap umat Nabi Muhammad saw di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika hari perbalasan kelak.


SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi
Adam as iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihat ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam as pun sembahyang dua rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda bersyukur kerana Baginda terlepas daripada kegelapan malam.

Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim as iaitu tatkala Allah telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail as. Seruan itu datang pada waktu gelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.


Rakaat Pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah.

Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus as. Tatkala Baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana Baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada empat kegelapan iaitu:


Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan

Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut

Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam

Rakaat Keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.
 
oh kini baru ku tahu...
nak tahu solat maghrib dan isya'??
nantikan sambungannya...
 
Sumber : Majalah Al-Islam, JUN 2005

The Power of Public Figure

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, lagi dan lagi.. Kesyukuran yang tak pernah putus hendaknya kita tanamkan dalam hati..Kesyukuran kepada-Nya kerana Dia memberikan kita kekuatan untuk terus menimba ilmu, tidak kira ap pun ilmu itu (insyaAllah yg beik), kekuatan untuk bangun setiap pagi, memulakan hari dengan isim-Ilahi, *oh ya, teringin nk share satu artikel menarek mengenai subuh.*
 
#muhasabah diri~
Adam menunaikan Subuh kearana bersyukur Allah menerima taubatnya, bersyukur beransurnya gelap dan datangnya cahaya matahari yang bersinar~ Wahai diri, kenapa tak sedar2?
Mengapa nak tergajah subuh tuh?
Sejuk sahaja?
Belum beku pon diri tuh..
Boleh bergerak lagi, sempurna lagi anggota tuh..
Alhamdulillah~
Ya, syukur ke hadrat Ilahi. Lagi dan lagi..
Tapi, jangan bersyukur di bibir  shj..
Mana tindakannya~
Kau dapat dibaluti 'saratoga' tebal, mcm zebra..
Enak, tapi hanya di dunia.
Bangunlah wahia insan dalam selubung!
Bangun~ Sujud tanda syukur..
Putuskan ikatan yang Syaitan durjana telah mengikat kita.
drpd LENA yang sementara..
Jangan lupa, kita ada lena yang sgt lama..
Kelak di alam barzakh..

Diri, ingat~ jangan pandai berkata-kata.. sOK. azan dilaungkan saat itu juga kau bersedia.
InsyaAllah (Allah mengizinkan jika kita berkehendak, masyi?)

erm.. cuba tgk tajuk di atas tuh. kenapa yer? Apa itu power of public figure? ADA ApA dengan POWER of PuBLIC FiguRE?
Sebenarnya, Dr Farah baru sahaja baru balek daripada aktiviti BOOM..(apakah itu Boom? t sy post satu video lein plak eh..)
Dan aktivit hari ini adalah 'Public Figure with tthe title "The Power Of Public Figure"..

And what really motivates me to write tonite is dat each one of the 12 contestants tonite mention the mst powerful, all purpose public figure is our prophet Muhammad Peace Be Upon Him~

Hearing it, make me really touched~
Our prophet, Not only respected and loved by Muslims but all~
He has gotten into the most powerful leader in all times~and the book is made by Western ppl. got your eyebrow raised?
:) alhamdulillah, be proud~ and be feel very responsible dat he had pass a heavy but yet proven to be NoT impossible... work of da'wah..
work to make yourself and others nearer to Allah~

another thing is, one of the contestant (a Nigerian to be exact, he was very matured and delivered a very nice speech) mention a quote i like so much dat can be very well taken into the heart and shape a future "Public Figure" in ourselves~ which is~

"Watch our thoughts because it can be your words. Watch your words because it will become your action. Watch your action as it can become your habit and watch your habit as it can become your character"..

Setiap manusia itu bertanggung jawab atas manusia yang lain..

itu hadis Rasulullah SAW yg terlintas di fikiran tika Power of Public Figure datang di minda.. Bagaimana pula anda?
 

Wednesday, December 1, 2010

Allah Maha Mengetahui

 Salam Dr. Farah,

utk makluman, ni pakcik nk bgtau yg mcik baru didiagnos bell's palsy [attacked on last friday]. first treatment from hukm [steroid], 2nd Darul Syifa, 3rd Reflexology, and now activ w facial exercise [coached by youtube]....and doa

just update u, probably u hv more opportunity to explore and gv some expert advise as to how to bring her sweet smile back faster.

thanks and pray for her/us.

Sekejap pada hari itu perasaan yang berbunga-bunga boleh berubah menjadi sendu. Tiada siapa tahu apa akan terjadi dalam lipatan harinya. 

I feel kinda sad as i cannot lend any help to my auntie. She taught me a lot. 

Always berbaik sangka kepada semua orang tapi pandai juga menilai mana baik dan buruk untuk diikuti. T>T  

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji lagi? (QS. 29:2)

"Apakah kamu akan mengira bahwa kamu akan dibiarkan (begitu saja), sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyatan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 9:16)"

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga,padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah".Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.(QS. 2:214)".

Apakah kamu mengira akan dapat masuk syurga sedangkan belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjuang (berjihad) di antara kamu dengan penuh kesabaran. (QS.3:142)

Apa yang saya boleh buat hanyalah :

Pertama, yakin ujian itu tanda Allah cinta kepada kita.

Abu Hurairah r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka ia diberi-Nya cobaan."? (H.R.Bukhari)

Kedua, yakini bahwa makin besar dan banyak cobaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. 

Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cobaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta'ala itu mencintai suatu kaum maka Ia mencobanya. Barang siapa yang rela menerimanya, ia mendapat keridhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka ia pun mendapat murka Allah" (H.R.Tirmidzi)

Ketiga, yakini bahwa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. 

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda: "Seorang muslim yang tertimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)

Keempat, selalu berfikir positif bahwa apapun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. 

Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, ia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, ia bersabar, maka itu lebih baik baginya."(H.R.Muslim)

Kelima, yakini bahwa setelah dalam kesulitan ada kemudahan.

Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

Keenam, selalu optimis bahwa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah swt. berikan.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)

Ketujuh, hadapi ujian dengan usaha dan doa.  

Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap" (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 - 8). 

Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan doamu." (Q.S. Al-Mu'min 40: 60)

Makcik, i will always pray your sweet smile will come back. And pakcik, syukran jazilan for being there with her going through this. May this will cause you both to become more affectionate and loving in going through this new less than 1-year marriage..


 
source: http://www.percikaniman.org/detail_artikel.php?cPub=Hits&cID=558