Sunday, December 12, 2010

Asalnya solat~

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

"Wan, bangun Wan! dah subuh ni!"
teringat aku waktu kecil-kecil, abah selalu kejutkan aku bangun subuh..
sekarang dah besar pun, bila balik malaysia, abah yang kejutkan bangun subuh..liat betul nak bangun sembahyang subuh..

subuh oh subuh

orang kata tak kenal maka tak cinta..
ada apa dengan subuh sebenarnya...dan ada apa pula dengan solat-solat fardhu yang lain...~

NABI MUHAMMAD SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah swt untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti nabi-nabi lain, umat Nabi Muhammad saw telah diperintahkan untuk mengerjakan lima waktu setiap hari.

Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah terhadap umat Nabi Muhammad saw di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika hari perbalasan kelak.


SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi
Adam as iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihat ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam as pun sembahyang dua rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda bersyukur kerana Baginda terlepas daripada kegelapan malam.

Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim as iaitu tatkala Allah telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail as. Seruan itu datang pada waktu gelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.


Rakaat Pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah.

Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus as. Tatkala Baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana Baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada empat kegelapan iaitu:


Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan

Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut

Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam

Rakaat Keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.
 
oh kini baru ku tahu...
nak tahu solat maghrib dan isya'??
nantikan sambungannya...
 
Sumber : Majalah Al-Islam, JUN 2005

No comments:

Post a Comment