Tuesday, December 14, 2010

Farihatul Asyura



Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.

Mengambil kata2 akak taqiyyah, macam mee bandung johor, kalau kita suka dier, kita kalau boleh nak bgtau sumer org, kesedapan dier, bestnyer dier.. 

dan prinsip makcik, kita hendaklah ,memberikan perkara yang kita suka, dan kalau diberikan sesuatu, hendaklah membalas dengan perkara lebih baik atau paling tidakpun, sewaktu dengannya.

*Suka doa ini. maka nak share sumting i like. ^^

Assalamualaikum wbt~ 
erm, esok, hari rabu adalah 9 Muharram dan seterusnya, 10 Muharram pada hari Khamis. Kita digalakkan berpuasa pada hari tersebut dengan mengambil sunnah nabi yang mewajibkan puasa hari Asyura sebelum diwajibkan berpuasa bulan Ramadhan..

Teringat sweet memori dgn seorg shbt yg lembut hatinya, chy kebaikan bertakhta di namanya juga di pada lakunya, insyaAllah..

Saya berkongsi dengan dia fadilat berpuasa pada hari Asyura nih dengan hadis~

oleh Qatadah ra. (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi)

She was very happy and wanted more. it may be simple but the feeling is VeRyyy sweet.
Salam Farihatul Asyura yer sahabat2.. 
Farihah dengan mengamalkan mengerjakan yang fardhu dan memperbanyakkan yang sunat. :)
*Farihatul Asyura, Kegembiraan Al-Asyura
*juga nama yang saya sgt2 suka dari dulu, nak bagi nama anak yg first kowt, insyaAllah kalu perempuan then, Fatimatul Maryam, reason-dua nama nih sy gunakan apabila pakcik makcik arab tanya nama, p ms awl2 di Mesir nih. juga nama wanita2 mulia dalam Islam. serikandi yg patot dcontohi. skrg, selesa guna Wahida :) 
Wahidatul Layyinah. sedapkan. tapi tader huruf F. ^^

Diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).
 
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

No comments:

Post a Comment