Thursday, August 14, 2014

14 kepada 14

14.08.14

Tarikh yang suatu ketika dulu kudebarkan
Dan pernah juga suatu ketika kuterlupa siapa yang kukaitkan dengan tarikh ini
Tarikh yang ini juga pernah ku tersungkur
Terdiam berharap
Apa lagi nasib malang yang akan dihadapi mereka
Mereka di medan 4 itu..

Setahun kini telah berlalu
Rasa seperti baru sekejap
Mereka duduk berkumpul dengan tegar dan kuat semangat
Tidak menghirau makan dan menahan proses tabie'
Dengan kobaran jihad
Mereka keluar dengan niat syahid
Demi mempertahankan kebenaran yang dirampas
Tapi...
Tidak semena..
Khemah tempat melepas teduh seketika
Dibakar
Peluru tak bermata
Menembus mana-mana badan yang dituju tanpa belas
Ribuan terbunuh
Dataran Rabaah saksi tumpahnya darah
Aku,
Jauh tiga jam cuma
Saat ditanya keadaan di sana
"penempatan pelajar malaysia jauh daripada sana, selamat saja"
Kami,
Keselamatan kami..
Mereka..
Keselamatan mereka..

Allahuakbar!
Hanya doa boleh dipanjatkan...

Lebih sejuta kali dikelip mata ini,
Sudah setahun rupanya..

Asar tadi,
sedang berzikir ma'thurat
Kedengaran laungan penuh waja
Adakah?
Adakah?
Adakah itu laungan mereka yang telah sekian lama tidak kudengari?

Laungan itu cukup kuat
Cukup semangat
Terasa getaran jihad
Berjalan dengan yakin
Langkah penuh pasti
Anak-anak muda berlari mahu ikut sekali
Tiada banner
Tiada tanda lain
Kecuali tangan menunjukkan 4 ke angkasa
Dan laungan yang menggetarkan

Ku duduk berfikir
Mereka tak ramai
Memang tak ramai langsung
(2 barisan dalam 1barisan 8-10 orang)
Tapi, cukup!
Cukup menyinarkan kembali harapan
Buat mereka yang semakin hilang harapan
Mungkin bilangan tak ramai
Tapi kekuatan daripada Allah boleh mengalahkan seberapa ramai musuh pun yang akan datang
Itu mesej mereka
Aku pasti

Kendian,
Tajuk tafaqquh "selawat dan istighfar" menggamit aku ke CC
Mendengar pengisian buat penyubur hati
Bukan tajuk,
Aku tekad,
Tapi kerana Allah mencintai mereka yang mencari ilmu
Mencari cara untuk lebih dekat denganNya
Biarpun aku keseorangan, terbayangku
Tekad hati Allah ada dekat
Sudah mahu bersiap
Raut wajah dan luahan hajatnya
Gelisahkan jiwa
Jikalau aku di tempatnya
Pasti aku sangat berharap Allah kurniakan manusia yang boleh membantu
Lalu kulencongkan jalan
Berharap ada tarbiyah pada jalan yang kedua ini

Di telefon, hampa hero kutunggu bicara katanya
Menolak telefon kepada abah
Tak apa
Tanya sihat dan keadaan abah
Abah tanya,
Ada call si dia?

Kami memandang satu sama lain
Adik yang satu ini berkata
Normallah dia, becakap seorang diri
Aku nekad untuk menelofoni dia
Mahu suapan kembali daripada ceramah motivasi di sekolah tadi
Dia mengangkat
Aku bertanya dengan siapa dia bergelak tawa tadi?
Dia tidak mahu menjawab
Hati galau
Kalau-kalau sejarah diriku dulu diulang dia
Abah kata kamu bergelak tawa dalam telefon tadi
Dia kata bye..
Aku menukar tajuk
Tadi ada talk, sharing motivasi kan
Dia seakan tidak tahu
Ku teka..
Benar, habitnya terjadi lagi
Dapat kurasakan stress pada nada adikku ini
Dibanding dengan kejayaan kakak-kakaknya yang pergi 'oversea'
Stress apa tujuan hidupnya
Aku mula emo
Dibantu adikku yang satu
Sesi hati-ke-hati buat ku sebak
Memori kelam menerjah

Baru ku sedar
Tika semua mata memberi perhatian kepadaku
Kerana tanggungjawab menjaga mereka-mereka dahulu di pundakku
Tiada siapa melihat dia
Dia yang dalam bayang
Juga mengharap perhatian
Dia juga perlukan satu petunjuk
Bagaimana mengambil hidup sebagai guru

Aku.. termuhasabah lagi
Sudah berapa banyak hak aku lalaikan
Kerana melayan nafsu yang tak pernah puas
Kehendak sendiri mahu diikutkan saja
Sehingga mereka kuanggap kecil

Aku scroll FB
Takziah kepada mereka
Bayi preterm labor
. . . .
Saat rakan-rakan sebaya meraikan
Menayang gambar
Menulis status syukur atas kelahiran sulung
Dia yang ku sangat hormat dan sayang
Kehilangan bayi kali keduanya

Aku.. termuhasabah lagi
Di saat aku memaksa diri tekun menelaah pelajaran
Mereka
Mereka!
Mereka!!
(Mereka itu bilangannya berapa?)
Mereka diuji dengan luka kesakitan
Darah mencurah
Syurga buat mereka yang sabar
Kita berharap pada mereka
Tapi aku ini?
Tidak mahu syurgakah?
Share kisah perit pilu mereka
Apa kesan pada diri?
Apa gerak iman sudah lakukan?
Apa pernah bengkak tangis kerana sedihkan, risaukan mereka

tidak...kaumasihmenanamrindupadayangtidakhalal
tika ramai ramai ramai manusia rindu pada yang halal
yang manisnya di saat rebah sebelum mata terpejam

Biarlah muhasabah hari ini
Membawa kepada bangkitnya usaha hari esok yang lebih baik

Yang berharap akan rindu,
rindu akan syurga firdausi
rindu akan syahid di jalanNya

(taknak sekadar jeles dan stalk dah! go for it!)