Saturday, December 3, 2011

Penyakit biasa bagi para doktor: EGO

Assalamualaikum wbt.

Dalam perjalanan nak ambil visa pagi tadi, Halwa telinga IKIM dipasang dan di udara adalah Dr. Muhaya Mohamad, Pakar Mata dan Teknik Lasik dan seorang doktor pakar yang kuamat kagumi selain Dr. Harlina Siraj; yang keduanya kukagumi kerana pesona akhlak seorang muslimah yang kuat dan menjadikan medan perubatan sebagi medan dakwah. Satu jalan yang kuingin sekali tempuhi.

Slot pagi tadi berlangsung dengan para pendengar bertanyakan soalan yang berkaitan motivasi, takut, dan of course mata. Saya tertarik sangat dengan satu persoalan yang dibawa oleh seorang lelaki yang mempunyai isteri seorang doktor.

Pada awal perkahwinannya, semua nampak indah dan menurut syariah. Tapi selepas beberapa lama, isterinya mula menunjukkan sikap menderhaka kepada suami seperti tidak mahu bercakap dengan suaminya serta tidak mahu melayan suaminya. Si suami ini meminta nasihat daripada doktor bagaimana untuk menasihatkan isterinya yang doktor ini....    

(sedikit olahan daripada pendengar bernama Farah Wahida)
Bismillahirrahmanirrahim


Kebanyakan orang yang mengambil bidang perubatan ini mestilah terdiri daripada mereka yang bijak pandai. Daripada kecil sudah tentu mereka dibiasakan diri dengan pujian daripada mak ayah mereka yang bangga akan anak mereka kerana mengambil bidang perubatan. "Anak kami pandai~ etc" sudah biasa di telinga anak-anak ini. Keadaan ini sedikit sebanyak menyemai sikap ego dan bangga diri dalam para doktor. Tapi sikap ego inilah yang menyebabkan para doktor tak mahu mengaku silap mereka dalam memberi ubat, melayan pesakit dan sbginya. Ego itu satu penyakit hati dan untuk menjadi doktor yang tugasnya merawat manusia, rawat hati diri sendiri sebelum merawat orang lain. Hati penting kerana mempengaruhi cas-cas dan mood seorang doktor. Boleh jadi seorang pesakit susah nak terima rawatan daripada doktor yang ego ini kerana cas-cas yang negatif yang terdapat dalam dirinya.


Seperkara lagi, redha Allah sepatutnya menjadi aim utama sesuatu pekerjaan dilaksanakan. Kenapa jadi doktor, untuk merawat manusia, agar manusia dalam kesejahteraan dan mendapat keredhaan Ilahi. Begitu juga dengan perkahwinan. Berkahwin adalah satu ibadah untuk mencari redha Allah. Mentaati suami termasuk ibadah dalam perkahwinan yang mebawa kepada redha Allah. Apa guna kalau kita boleh rawat manusia tapi di rumah menderhaka kepada suami? Di mana keredhaan di situ? 


Doktor.. Bekerjalah mencari redha Allah. Buat sesuatu kerana-Nya, insyaAllah... Aman bahagia (nih ayat sendiri)

Mendengar ini, terasa juga nak tanya abah di sebelah, "Are you proud of me?" But, i retain that question since i dont want to ask something obvious yet i myself cannot really feel proud of myself.

Dan juga sangat terasa, takut-takut diriku menjadi seperti doktor wanita isteri dalam radio itu suatu hari nanti.

Dan sebab itu juga pentingnya tarbiah secara istiqamah.

So, Have YOU learn something NeEWW about your religion today?

Tumuhat Tarbawiyah! ^^  

No comments:

Post a Comment