Monday, January 3, 2011

Jalan Mentari

Sahabat...
Dari jauh kulihat wajahmu
Senyumanmu kian mekar
Dirimu kian bahagia
Sahabat..
Ketahuilah aku sangat mengasihimu
Ketahulilah aku sangat gembira..
Dengan perubahanmu wahai sahabatku
Jalanmu berhati-hati
Pelukanmu mesra sekali
Dapat kurasakan hangat cahaya hidayah kurniaan Ilahi
Yang kucuba timba
Kucuba serap moga aku istiqamah dalam perubahan diri sehari-hari
Ya, manusia sentiasa berubah
Tapi ke arah mana perubahan itu juga sentiasa berubah
("faham ker?", dgn nada seorang sahabat yg ku kagumi, comeyl sekali)
Maka, aku sentiasa ingin berubah dan merubah
Berubah menjadi hamba yang disayangi-Nya
Merubah diri, peribadi,
Jadi yang gagah, 
kukuh semangat menggapai redha-Nya
Bukan hanya dengan pakaian semata-mata
Yang menjadi perhiasan lahiriah
AKu mencari yang batin..
Yang batin..
Yang batin..
Ya Allah yang memegang hati
Tuhan yang membolak-balikkan hati
KAu Jadikan hati kami tetap dalam agamaMu
Tabah menyahut seruan cintaMu
 ****
Semua orang ada masa lalu, 
Semua orang hidup pada masa kini 
Dan
Semua orang berhak hidup untuk masa depannya

TAPI?
Masa depan bagaimna yang berhak dipilih?
Doalah moga Allah sentiasa menunjukkan kita jalan hidayah-Nya
Agar dapat kita selamat sampai ke 'sana'
 
Salam a'alayk buat sahabat2..
Salam a'fiah, salam kasih mesra dan harmoni hendaknya insya-Allah
Jaga diri, kepada yang Allah kurniakn musim sejuk kepadanya, minum air banyak2, mkn buahan yang tinggi Vit C, jaga kebersihan..
Jangan stress juga. Yelah, nk pekse dah kan alexandrians nih, sebab stress bisa menerukkan penyakit.. 

wallahualam.
(Hati2 my dear fren, bole pulak Dr Farah luper kena teman dier p mesyuarat. Change your attitude dr!~)

No comments:

Post a Comment