Monday, January 17, 2011

Al-Fatihah buat akak

Assalaamualaikum wbt.

Perhatian kepada warga iskandariah semua, solat jenazah ghaib berserta tahlil dan bacaan yaasin akan diadakan pada malam ini sebaik sahaja selepas solat maghrib, bertempat di tingkat 3 asrama MARA.

Tarikh: 17 Januari 2011
Hari  : Isnin
Masa  : Selepas selesai solat maghrib.

Takziah diucapkan kepada semua warga Iskandariah atas pemergian seorang daripada sahabat kita ini. semoga Allah menempatkan ruh arwah dalam golongan orang-orang soleh dan beriman. al-Fatihah.

Kematian merupakan satu peringatan bagi mereka yang masih hidup. semoga dengan apa yang berlaku ini mengingatkan kita akan kehambaan dan pengabdian sebagai seorang hamba Allah SWT.




"Dan setiap ummat mempunyai ajal, apabila tiba ajalnya, maka tidak dapat ditundakan ataupun disegerakan walau sesaatpun" (al-'Aaraf:34)

DIA...
Benarlah, kematian itu dekat.Kita tidak akan tahu bila dan di mana kita akan ditarik nyawa... Semoga Akak Iman diampuni dosanya sebelum pergi mengadap Ilahi dan dicucuri rahhmat Ilahi...

Terkilan juga kerana kali terakhir berjumpa dengannya hanya senyum dan 'assalamualaikum' cmtuh jer kerana masa tuh tgn penuh memegang barang pasar.. Dalam ingatan,lain kali boleh tanya khabar akak lagi.. 
"Bagaimana perasaan housemate die ek? Saya tak dapat bayangkan macamane kalu housemate..."

Persoalan yang dibawakan oleh housemate saya menyebabkan saya agak terkesan di hati...

Kematian itu sunnatullah. Tapi bagaimana kalau kematian itu berlaku di kalangan mereka yang dekat dengan kita? Apakah perasaan yang sewajarnya kita rasai?

KEMATIAN DALAM HIDUPKU

Pada saya yang hanya saja merasai kematian 2 orang pakcik dan seorang datuk (dalam keluarga terdekat), sejujurnya saya tidak merasai sangat suatu kesedihan atau kepedihan. Malah ketika kematian yang berderetan itu (saya berumur 12 tahun) otak sperti 'blur' dengan apa yang berlaku. Saya hanya menjadi tukang pemerhati akan gelagat2 dan reaksi ahli keluarga yang lebih tua. Kerana kalau diperhati reaksi tingkah laku si kecil2, mereka sangat kelihatan tidak mengetahui apa itu kematian yang kadang2 tertanya juga diri, bagaimana cara terbaik nak didik yang kecil2 (juga diri) untuk kenal mati. Untuk tahu kenapa kita mati.

"Kematian itu jambatan ke syurga. Kerana hanya orang mati sahaja yang dapat ke syurga." Bak kata seorang ustaz nih.

Reaksi yang tua pula, ada yang mengenang kembali memori bersama-sama, sakit apa pakcik2 dan embah... Tika embah meninggal, ummilah paling sedih kerana tak sempat berjumpa dengan embah. Kesian juga tengok ummi. Makcik2 muka cool walaupun dalam hati hanya Allah jer tahu. Suami tuh ibarat sahabat yang sangat rapat, dengan dialah kita berkongsi rahsia dan cerita, kesusahan dan kebahagiaan. Dan pemergiannya pastilah memberi rasa kehilangan yang amat sangat. Maka sambil saya memandang wajah mereka, kagum dan doa terlintas di hati. Kagum kerana bersabar dengan ujian dan doa moga hikmah pemergian akan cepat mendatang.. 

Patah tumbuh hilang berganti. Benarkah? 

DOKTOR DAN KEMATIAN
Mari pula saya bawakan rasa itu dalam konteks diri sebagai seorang doktor.
Doktor adalah wadah bagi seorang pesakit mengubati penyakitnya. Doktor pula mengubati pesakit dengan pelbagai niat (kerana-Nya? kerana duit? Tanyalah iman di hati apa niat sekarang nih?) tapi yang penting juga, dengan profesionalisme.. Apa itu profesionalisme?

Profesionalisme (profésionalisme) ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya ter­dapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga

Profesionalisme berasal daripada profesion yang bermakna berhubungan dengan profesion dan memerlukan kepandaian khusus untuk menjalankannya, (KBBI, 1994). Jadi, profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional (Longman, 1987).

Daripada yang di atas kita boleh katakan dan fahami mereka yang profesional tidak mencampur urusan peribadi dengan kerjaya mereka, tahu mengurus emosi ketika emosi paling menekan dan tidak memberatkan keputusan atas dasar pilih kasih nak selamatkan siapa(emosi juga tuh).. Begitulah seorang doktor bekerja, dia akan berhadapan dengan maut pada bila2 masa sahaja.. Satu keputusan akan mengubah hidup atau mengakhiri nyawa pesakit tersebut dengan takdir Ilahi. 

Tapi takut2 kalau dah selalu menghadap kematian, mayat tiada lagi perasaan gerun dengan mati, masalah juga tuh. Mintak dijauhkan...
Moga kita selalu ingin ada perasaan nak selamatkan nyawa kerana nyawa terdiri daripada 5 perkara yang perlu dipelihara dalam Islam...  

Para solihin dahulu tidak takut mati kerana ituah cara mereka akan menemui Tuhan mereka. Mereka tidak takut mati dan sentiasa mempersiapkan diri untuk menemui Tuhannya.. Persoalan untuk diri..

Have you prepare yourself?

*Gi study and fokus Dr!

No comments:

Post a Comment