Friday, January 7, 2011

Persoalan Hijabku

*"sejak bila awak pakai 'macam ni'?"
*"Kenapa awak pakai macam nih?"

"Macam nih? Macam apa tuh?," desis hati tiap kali soalan sebegitu ditanyakan. Tidakpun...

"Awak dulu sekolah mana? Sekolah apa?"

Erm, kenapa yer soalan itu ditanyakan, Kulihat atas bawah diriku. Aku rasa masih seperti biasa. Perangai masih belum berubah. (eish2 T>T) Mungkin tudung jer dah labuh 'sedikit' tapi aku masih lagi diri aku. Aku yang masih banyak kekurangan, masih lagi mencari kekuatan mengislahkan diri dari hari ke hari. Masih perlu menimba ilmu Ilahi yang terlalu banyak.
Masih tersangat jauh daripada mulianya Siti Khadirah.
Masih tersangat jauh daripada sucinya Siti Maryam.
Masih tersangat jauh daripada cerdiknya Siti Aisyah.
Masih tersangat jauh daripada semangat mujahada Sumayyah.
Sangat jauh juga daripada kentalnya permaisuri Asiah.

Balik kepada soalan, sejak bila dan kenapa? Apabila datangnya soalan sebegitu, kelu juga nak menjawapnya.

"Adakah kau kelu kerana tak tahu niat sebenar kau wahai diri?"

"Tidak. Aku TAHU kenapa aku memilih untuk memakai sedemikian. Aku memakai hijabku bukan kerana manusia. Lillahi Taala.~

1. Hati yang ingin sekali istiqamah tunduk pada perintah-Nya
2. Ingin menyelamatkan diri dan 'mereka' daripada pandangan 'mereka. **
3. Apabila begini, otomatik saya perlu menjaga peribadi dengan lebih baik bagi mengelakkan fitnah.

'Kemuliaan wanita pada sifat malunya'

4. Yang tertutup itu kan indah.
5. I feel more beautiful. Not in man's eyes but to Allah.
6. Thus, i felt closer to Him.
7. When wearing hijab, don't u feel more responsible? You are holding Allah's order.. Also train you to manage tyme. Leh?? Kuz you need to prepare longer than those who doesnt wear hijab properly or free-hair. ~you need to ron it, make sure you look nice in it but also well-covered to prevent from fitnah. How hard is that?

'Dalam setiap suruhan Allah itu ada kepayahan, tetapi kepayahan yang tidaklah sampai memustahilkan pelaksanaan suruhan malah meningkat darjat seseorang hamba itu :)'

=) insyaAllah moga istiqamah dalam pentarbiyahan diri.
Teringat tugas Khalifah yang Allah telah amanahkan kepada kita. Apa tugas khalifah tuh sebenarnya?
Menjadikan diri lebih baik --> menjadikan diri insan sekeliling lebih baik -->menjadikan alam lebih baik -->daulah Islamiyyah

"Ramai diberi Allah taufiq tapi tak diberi hidayah"
(??)
Mereka menginginkan kebaikan tapi tiada atau tak cukup 'initiative effort' tuh.. Tak kiralah dalam menutup aurat, berbuat kebajikan mahupun bangun malam dan bertahajud. T>T ..Dr Farah~
*Got a story about dis actually, in da next post insyaAllah. :]

Moga Allah m'beri kita kekuatan dan limpah Rahmat-Nya dalam beribadah HANYA KERANA-NYA.
Wallahualam.

#Oh yeah, i wish. i wish. i wish sooo much. to answer medical questions as smooth as i write my accounts of lyfe. WRITE! becuz not necessary i know deeply o my lyfe. but i can choose to know deeply of my studies. ^^

-26/11/10

No comments:

Post a Comment