Monday, February 28, 2011

Mummy Muda Bercerita: Gosok gigi

Assalamualaikum wbt. Salam rindu dan penuh kebahagiaan kepada semua. Dah lama rasanya tak post 'fawie tale' kan. Sebenarnya banyak nak bercerita sebab bukanlah saya tak ada aktiviti semasa 'extended winter break' nih tapi tedapat kekangan yang saya juga masih perlu mencari penyelesaiannya. :)



Bangun pagi gosok gigi
Cuci muka dan mandi
Pakai baju makan pagi
Pergi sekolah suka hati 

Saya tidak pasti lirik di atas tepat atau tidak tapi yang pastinya melodinya terngiang-ngiang dalam fikiran 8].


Menggosok gigi. Daripada kecil ibu bapa dah dedahkan betapa penting menggosok gigi dengan mengelap gigi bayi dengan kain bersih dan lembut. 

Semasa tadika, cikgu-cikgu menunjukkan cara menggosok gigi yang betul. Atas, bawah, depan dan belakang perlu digosok. 

Sekolah rendah kadang-kadang ada dentist 'melawat'. Apa lagi menggeletar lutut adik-adik tengok van klinik kesihatan bergerak. 

Sekolah menengah pun doktor yang sama datang menjenguk, siap bagi ucapan takziah sebab gigi budak sekolah menengah lagi teruk daripada budak sekolah rendah. Yang dah habis sekolah takkan tak reti-reti lagi kan? Bagaimana nak menjadi ikutan buat adik-adik jika kita yang dah besar pun bangun pagi terus breakfast? XD

Tapi, masih ada adik-adik kita yang kalau disuruh gosok gigi siap kena kejar satu umah, kena bagi 'rasuah' barulah dilaksanakan perkara tesebut. Nak mandi lagilah, dibandingkan dengan kambing pun dah tak kisah. 


Adik-adik, kenapa penting nak kena gosok gigi ni? 


Hadis Rasulullah, mafhumnya: Jika tidak kerana aku khuatir akan memberatkan umatku, sudah tentuah aku menyuruh mereka bersugi (menggosok gigi) setiap kali sebelum solat. 


Lagi.


Kebesihan itu sebahagian daripada iman. Dan orang yang beriman dikasihi Allah, dilindungi dan diberikan ketenangan dalam diri mereka. Jika Allah senang dengan kita maka apatah lagi manusia. InsyaAllah...


Lagi dan lagi.


Mereka yang tak gosok gigi. InsyaAllah akan jadi begini:


  
Gasp!!! *terkejut dan cuba tahan bau*
Tak nak kan? ingat. Kebersihan mencerminkan peribadi.
Jadi di sini kak farah bagi tips sikit macam mana nak gosok gigi dengan betul. :]

Dan.. KURANGKAN MAKAN GULA-GULA okie? Jimatkan duit kerana adik-adik tak tahu bila adik-adik memerlukan simpanan tersebut. Plus, education is costly nowadays, so saving is one way to appreciate your parents hardwork. Ok kids?
mixed messages? ^^

No comments:

Post a Comment