Wednesday, March 2, 2011

Berniaga di Pasar Malam

Asslamualaikum wbt. Bersyukur ke hadrat Illahi kita dicukupkan dengan nikmat makan, minum, katil yang empuk selesa, nyaman dan tenang pada waktu malam sesuai dengan sunnatullah dijadikan malam sebagai waktu istirehat dan menguatkan hablumminallah setelah siang bekerja keras dan menjalinkan hablumminannas. But im afraid it is not true to all. 

Dan Kami jadikan tidurmu sebagai istirehat * Dan Kami menjadikan malam sebagai pakaian * Dan Kami menjadikan siang untuk mencari penghidupan *
(An-Naba':9-11) 


Mengenai tajuk post, bukanlah semasa cuti ini saya berniaga di pasar malam walaupun diri teringin juga merasai pengalaman tersebut. Pengalaman menolong di kedai keluarga seorang sahabat tempoh hari, walaupun hanya selama sejam sangat membekas di hati. Sememangnya berniaga itu pekerjaan yang berkah. Bukan sahaja kerana mengikuti langkah Nabi Muhammad SAW, tapi sememangnya pekerjaan tersebut  membentuk diri. Secara ringkas saya simpulkan apa yang saya pelajari tempoh hari~
1)Berani bersuara, berani memegang amanah
2)Tatacara bermuamalah degan manusia
3)Menguatkan semangat
4)Tenang ketika menghadapi kesukaran(i got quite panic when the money machine didn't want to open for cash balance. The auntie was quite cross and refused to take the plastic)
5)Mengenali pelbagai ragam manusia. (Its interesting to deepen your understanding about humans, doctors need that understanding very much.)
6)Buat yang terbaik walaupun apa pekerjaan kita lakukan, walaupun siapa kita. (Walaupun kita baru saja menggalas satu-satu amanah tapi adakah orang ramai tahu? Doctors are like that too.They think you as DOCTORS not NEW doctors)
 
Hari ini saya berpeluang untuk pergi ke pasar malam setelah 3 minggu berada di rumah. Seperti biasa, jalan raya agak sesak gara-gara kenderaan yang diparkirkan sepanjang jalan. Syukur kami dapat kawasan parkir yang dekat dengan pasar. Sebaik sahaja kawasan pasar dimasuki kami, satu gerai menarik minat saya, immediately Kedai air soya. Rindu~ Bukanlah tak minum langsung sejak balik Malaysia, tetapi setiap kali melihat air itu, salivary gland seperti diaktifkan. Sejujurnya, di Mesir agak sukar untuk mencari air soya, mereka gemarkan tamarhindi dan air tebu^^ .

 
PASAR MALAM. Sebut tentangnya menggamit pelbagai perasaan. 
Gembira, ya juga kerana semasa kecil, setiap hari Rabu pasti ada makanan daripada pasar malam terutamanya apam balik. Sebuah keluarga yang makan bersama-sama akan membekas perasaannya sampai dewasa pun.

Sedih, bersalah; setiap kali ke pasar, PASTI ada mereka yang kurang upaya dengan bekas berisi syilingnya memandang sayu kepada kita. Matanya melahirkan perasaan yang saya tak dapat gambarkan dek rasa bersalah yang menghenyak jiwa, tapi pastinya ada mata beraliran sedih dan juga pastinya ada harapan di situ. Walaupun sekelumit. Saban kali ke pasar, saya perhatikan jarang sangat ada yang meringankan tangan memberikan walau sesen duit kepada insan yang diuji hebat ini. Lagi, kawasan sekelilingnya seakan-akan kosong seperti ada pendinding invisible yang menghalang manusia dekat dengannya. Mungkin kita akan meluahkan rasa, perkataan seperti, 'kesiannya', tapi adakah kita benar-benar simpati? Sedarkah kita yang hati kita yang semakin terhakis sifat kemanusiaan ini yang membentuk dinding invisible itu? Tegakah kita hanya memandang meraka dengan pandangan yang kosong sambil kita menjijit tangan yang penuh?

Dan apabila (al-Quran)dibacakan kepada mereka, mereka berkata, "Kami beriman kepadanya, sesungguhnya (al-Quran) itu adalah suatu kebenaran daripada Tuhan kami. Sungguh, sebelumnya kami adalah orang muslim * Mereka itu diberi pahala dua kali (kerana beriman kepada Taurat dan al-Quran) disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan dan mereka menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepada mereka *
(Surah al-Qasas:53-54)  

Teruja. Makanan yang pelbagai, manusia yang pelbagai. Hanya Allah tahu apa rezeki yang tersimpan buat kita pembeli dan penjual. Pembeli-rezeki dapat makanan yang ikut citarasa mungkin. Berbaloi dengan duit yang dikeluarkan. Penjual-rezeki jualan habis. tiada pembaziran. Segalanya telah tercatat. Memandang wajah-wajah mereka, hati berbisik, 'abang ni tak laku nasi ayam dia. Berapalah untung dia ya?' 'Sejuk hati tengok makcik tudung labuh nih buzy. Alhamdulillah' 'Kecik-kecik dah tolong ayah die menjual.'

"Adik berapa tahun?" Tanyaku sambil dia cekap membungkus apam balik.

"Darjah 6". Dengan cool dia menjawab. Rasanya pasti dia dah lali dengan soalan tersebut. 

Wah!~Dalam hati aku mendoakan kejayaannya dunia akhirat.

I noticed~
*Fesyen tudung express nih sekarang sangat popular dan dipakai tak kira siapa. Yet, there is a need of great efforts of reminding the society what aurat really is.

*I no longer throw my view all over. Got to watch for the eyes.

*A couple from Alex. Don't get me wrong. They're married and thus i wonder where do they live. With one of the spouse's family or they rent a house? And how they handle the looks of family and society knowing they are married while still studying in their 3rd year? Then my mind wandered to my 2nd year senior who will be getting married this sunday. How is she feeling rite now? I wish to know. FB ada~ Marridge is an ibadah. Clearly, to take such a big responsibility at a quite early age, you have to seek His guidance all through the way and tawakkal to Allah.

...Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu.
 
It shivers me yet secretly i wish to marry during study too. maybe during clinical years? sekarang study dlu. :D

Sorry that this post differs from usual but maybe you have had a glimpse of my diary now. Salam berfikir.

2 comments: