Tuesday, August 31, 2010

Merdeka tuh apa?

Assalamualaikum wbt.



Merdeka tuh apa? soalan yang mudah tapi mudahkah kita menjawapnya? Adek2ku suka tanya soalan yang mudah2 ini tapi hakikatnya menduga kotak mindaku. nak sesuaikan dari pemahamanku dengan pemahaman mereka atau mungkin lebih tepat adakah aku juga benar2 faham akan maksud sesuatu pertanyaan tuh.. seperti contoh, M.E.R.D.E.K.A itu sendiri..  apakah sebenar2nya?

Mengikut kamus Dewan Bahasa ‘ merdeka’ bermaksud bebas, lepas, berdiri sendiri dan tidak bergantung dengan orang lain.
 
Alhamdulillah, negara kita telah 53 tahun merdeka daripda dijajah, tidak lagi bergantung kepada 'mereka' untuk menguruskan hal-hal negara. tapi itu dari penjajahan nyata. bagaimana yang tak nyata.?

Daku bukanlah insan yang bisa menghukum sesuatu bangsa mahupon manusia sedangkan diri sendiri sgtlah bnyk kekurangnnya. Oleh itu apa yang kubisa lakukan adalah memajukn diri agar dapat menyumbang kepada agama dan anak bangsa, tekad ikhlas kerana-Nya.

Kemerdekaan suatu negara jika tidak berpangkalkan kepada kekuatan iman dan budi, nescaya akan runtuh kemerdekaan dari dalam - HAMKA 


Will get Palestine back. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment