Wednesday, September 1, 2010



Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, besrsyukur kita dapat diberi kesempatan untuk menggunakan kesemua pancaindera kita untuk meluahkan rasa, menyebarkan kebaikan dan melata menikmati nikmat-Nya yang terlalu banyak. :) terbayang gelak tawa dan pengajaran kudapati di meja makan bersama keluarga tempoh hari.

Sakina@Ena bercerita tentang sahabatnya yang beratur panjang nk ambil air,..  Setelah menunggu punyalah lama nak dapatkan segelas air tuh, akhirnya berjayalah si sahabat tuh. Si sahabat tuh pon duduklah dengan Ena dan mahulah dia minum air yang sgt berharga tuh. Sekali, x sempat diteguk, ditakdirkan airnya itu.... dimasuki lalat. (ketika ini, diriku rasa nk nanges mendengar kisah si Ena, memahami..) Dan di sinilah aku mula mengetahui satu hadis Rasulullah mengenai lalat..

Sesungguhnya, benarlah, tidak Allah jadikan satu2 kejadian itu dengan sia2.

Dari Abu Hurairah, Nabi besabda: “Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minum salah seorang antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” (Riwayat Bukhari, Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)
 

Tak percaya? Daku pon sukar juga mempercayai, mungkin kerana mindset sudah sinonimkan lalat dengan kekotoran dan penyakit. Tapi ini adalah sabda Rasulullah SAW yang kata2nya datang dari wahyu Allah SWT, Tuhan pencipta Alam. Jadi mari kita tengok bukti2 sains moden berdasarkan sabda Rasulullah ini bahawa sememangnya lalat mempunyai penawar.

"Pada tahun 1926, J.I. Duncan menemui bahan-bahan aktif pembunuh bakteria di dalam usus lalat rumah. Pada tahun 1939 pula, Lal, Ghosal dan Mukherji mendapati lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain yang tidak berbahaya. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku The Housefly - Its Natural History, Medical Importance, And Control oleh Luther West."
 
"Shope pada tahun 1927, dan Glaser 1938, mendapati ada kuman-kuman virus dalam badan lalat yang berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. Kajian ke atas lalat rumah Musca domestica menunjukkan, ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman Staphylococcus muscae, Escherichia coli, Salmonella paratyphi dan Eberthella typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama di dalam serangga dan ia merangsang kepada penemuan-penemuan yang lain."

"M.A. Stewart, pada tahun 1934, mendapati lalat berbentuk larva, ketika ‘dicelupkan’ ke dalam luka-luka, mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Di dalam keadaan ini kuman-kuman dapat dibunuh di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Di samping itu larva-larva ini berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya."

"S.W. Simmons pada tahun 1935 pula mendapati, lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti Staphylococcus aureus, Haemolytic streptococci dan Clostridium welchii. Tambahan daripada itu, pada tahun yang sama, W. Robinson mendapati larva juga mengeluarkan allantoin. Allantoin merupakan bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku Insect Immunology karangan Edward Steinhaus."


Wallahualam.

Further reading and sources
: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=584.0
: ‘Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden’ by Dr. Danial bin Zainal Abidin, PTS Publication

No comments:

Post a Comment