Wednesday, September 8, 2010

Sunnah Pagi Raya

Assalamualaikum.

ALhamdulillah, diam tak diam dah nak raya dah.. Cepatnya masa berlalu sampaikan nak 'fawie tale' pon terbatas waktu kerana persiapan raya. Benarlah fenomena awal2 penuh hujung2 x penuh surau tuh berlaku kerana persiapan raya. Kalau tak, x mungkin Jln TAR dibanjiri seLAuT manusia akhir2 ramadhan nih (pengalaman diri sendiri ~ mabuk tgk ramai sgt manusia dan BaJu di Sogo n Jln TAR) sehingga kan ustaz yang bertazkirah pada malam 27 tuh beri komen "mereka mencari lailatul-KaMdAR bukan lailatul Qadar" :D

Dan malam ini daku nak berkongsi tazkirah terawih terakhir bagi tahun ini yang bertajuk Sunnah Pagi Raya.
lokasi-Surau Al-Amin, BTHO

1. Mandi dan memakai wangi-wangian
Sekiranya kita mandi pada hari2 biasa tanpa niat dan membazir bpe juta liter air tanpa dapat faedah melainkan bersih zahir, apa kata pagi raya kita berniat mandi sunat hari raya. Kemudian ratakan air keseluruhan badan seperti mandi janabah. Pastinya, selepas itu bukan sahaja kita berasa selesa (sejuk) yang amat sgt tp juga berseri-seri muka kerana berkat sunnah. insyaAllah.

"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327

2. Memakai pakaian paling baik dimiliki
Rasulullah menganjurkan memakai pakaian terbaik bukanlah pakaian baru.  Janganlah jadikan beli baju raya itu satu kemestian. Rasulullah seorang yang bersederhana tapi untuk hari raya aidilfitri dan aidiladha serta hari Jumaat, Rasulullah mengkhaskan sehelai baju terbaik baginda berwarna putih.

(Tapi kalau dah mampu apa salahnya, kerana ada sebuah kisah*; ada seorang lelaki ni, dia mempunyai harta tetapi memakai baju compang camping. Suatu ketika dilihatnya oleh Rasulullah, lalu Rasulullah bertanya," tidakkah kau memiliki harta?" Lelaki tersebut menjawap punya dan kemudian Rasulullah berkata,"tukarlah kepada pakaian yang baik demi menzahirkan nikmat-Nya ke atasmu")

3. Makan sebelum solat sunat aidilfitri
Daripda Buraidah Radhiallahu ‘anhu, katanya:
Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar (mengerjakan sembahyang hari raya) pada hari raya fitrah sehinggalah Baginda makan dan tidak makan pada hari raya adha sehinggalah Baginda sembahyang (hari raya adha).” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Diriwayatkan, Rasulullah makan 3 biji tamar sebelum mengerjakan solat aidilfitri. Tapi kita biasanya mana ada sediakan kurma pagi raya kan, jadi makanlah apa2 yang manis dalam kuantiti ganjil, (kalau kita nak juga makan ketupat makanlah dalam no. ganjil, 3 ketul banyakkan, makan 3 biji. ;D Maka tahulah kita kurma nih bukan masa Ramadhan jer)

Manakala hikmah menahan makan sebelum solat sunat aidil adha adalah supaya kita mempercepatkan solat sunat kerana lepas tuh kita masih ada mission menyembelih lembu yang ditambat luar surau tuh. 

Fiqh Solat Raya
4. Takbir 7 kali (rakaat pertama) dan 5 kali(rakaat kedua) selepas takbiratul ihram dan di antara takbir melafazkan 'subhanallah wal hamdulillah wa laa ila ha illallah wallahu akbar'. SEKIRAnya imam terlupa untuk takbir, tegurlah sebelum dimulakan bacaan al-Fatihah dengan Subhanallah kerana mengikut imam Syafie' adalah terbatal solat apabila tertinggal atau meninggalkan Al-Fatihah. (Jika imam dah mula baca al-Fatihah baru nak ditegur, dan imam meninggalkannya maka itu dikira batal solat)

Solat hari raya di kawasan lapang begini tidak pelik di tanah Arab

5. Solat di kawasan lapang seperti padang
Hikmahnya, bagi perempuan haid yang tidak boleh masuk masjid, dia masih lagi boleh menghadiri solat sunat tersebut dan mendengar khutbah di tanah lapang. Selain itu, ini menunjukkan Rasulullah sangat menggalakkan semua orang tak kira yang uzur atau kanak2, mendengar khutbah raya. 

6. Tiada azan atau iqamah 
Ketika di zaman Rasulullah, tidak dilakukan azan atau iqamah menandakan sudah waktu untuk solat sunat hari raya. Tiada nas yang mengatakan juga bilal digalakkan melaung 'as-solatul jamia'h'. Cukup sekadar imam bangkit untuk solat dan berkata:rapatkan saf. Faham2lah para makmum.

7. Tiada solat sunat sebelum atau selepas solat sunat hari raya
Hal ini tiada ketika di zaman Rasulullah, tapi kerana kita di Malaysia solat dalam masjid, maka adalah satu solat sunat yang boleh dilaksanakan iaitu, solat tahiyyatul masjid. ^^

8. Salam bersalaman dan meminta maaf serta mendoakan

Ramai di antara kita terutama dah nak dekat raya nih, mesti dapat ucapan raya, 'Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, 0-0 tau, maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki' dan macam2lah. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

"Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu)." – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan

7. Melalui jalan yang berlainan dari kebiasaan ketika pulang
Diriwayatkan Rasulullah akan menggunakan laluan berlainan daripada kebiasaan ketika pulang daripada solat sunat. Hikmahnya adalah untuk berjumpa dan bersapaan dengan mereka yang melalui atau tinggal di kawasan tersebut yang jarang kita lalui dan sekaligus merapatkan ukhuwwah islamiyyah ^^.

** Alhamdulillah, tahun nih, insyaAllah kita akan beraya pada hari Jumaat. Maka apa hukum kewajipan solat jumaat kepada kaum adam? Adalah kerana solat jumaat itu kaifiyahnya adalah untuk menghimpunkan ummah dan solat sunat hari raya telah menyempurnakan peranan tersebut, maka hukum solat jumaat pada hari pertama raya adalah sunat. Boleh pilih untuk melaksanakan solat jumaat ataupun solat zohor tetapi (berdasarkan ustaz berkenaan) bagi mengelakkan fitnah dalam kalangan masyarakat di Malaysia ini, dinasihatkan untuk solat jumaat. Wallahualam.
Further reading:http://www.mykhilafah.com/fikih/1771-hukum-solat-jumaat-pada-hari-raya


Penambahan.
Makmum Lebih Awal Datang Daripada Imam
Sunat bagi makmum datang awal selepas fajar bagi mengambil tempat duduk untuk mengerjakan sembahyang hari raya. Sementara sunat bagi imam keluar apabila tiba waktu untuk berjemaah sembahyang hari raya. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri:

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam selalu keluar pada hari raya adha dan hari raya fitri, lalu Baginda terus memulakan dengan sembahyang (hari raya).” (Hadis muttafaq ‘alaihi)

Berjalan Kaki Ke Tempat Mengerjakan Sembahyang
Sunat berjalan kaki ketika hendak menuju ke tempat mengerjakan sembahyang hari raya dan jangan menaiki kenderaan melainkan ada uzur seperti sakit, lemah atau sebagainya. Jika dia menaiki kenderaan juga, itu tidaklah mengapa. Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan kaki ketika hendak menuju ke tempat sembahyang hari raya, kerana itu adalah sesempurna akhlak dan tinggi kedudukan.

Pergi Ke Masjid Melalui Jalan Yang Panjang Dan Balik Melalui Jalan Yang Pendek
Sunat bagi setiap orang yang hendak pergi ke tempat sembahyang hari raya, melalui jalan yang lebih panjang dan balik daripada sembahyang melalui jalan yang lain yang lebih pendek. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar:

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di hari raya mengikuti satu jalan kemudian balik mengikuti jalan yang lain.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Menurut Imam asy-Syafi‘e, sunat bagi imam ketika balik, berdiri di suatu tempat dengan menghadap kiblat sambil berdoa.

Menyeru Dengan seruan
Sunat menyeru untuk mendirikan sembahyang dengan seruan ketika hendak mengerjakan sembahyang hari raya. Ini diqiaskan dengan sembahyang kusuf, di mana disunatkan padanya menyeru dengan seruan tersebut. Tidak ada seruan azan dan iqamah bagi sembahyang hari raya, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas:

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan sembahyang hari raya tanpa azan dan iqamah.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Rujukan:http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/09/06/pekara-sunat-dilakukan-sebelum-solat-hari-raya/ 

 Akhir kata: Eid Mubarak~ Taqabballahu minna wa minkum. Ampun maaf atas kesalahan lalu, yang ku makan rezekimu, yang ku ambil hartamu, yang ku bazirkan waktumu, yang ku tipu dirimu, yang ku sia-siakan jasamu dan yang ku mengeluh atas sikapmu.. Asifa~
 

No comments:

Post a Comment