Thursday, April 28, 2011

Pengajaran daripada 'Kegembiraan' dan 'Malamku'


...Allahumma firghlana warhamna...


Alhamdulillah, tinggal 1 hr stgh lg bg daku tuk menduduki periksa akhir modul 4. Tapi moga-moga ikatan hati yang disatukan di bawah keinginan mencari ilmu-Nya tidak akan putus abadan abada~

Saya SUKA minggu periksa. 

Stress? Pening? Aktif? Layu? Ngantuk? Belajar lebih masa?

Bukan itu penyebabnya.. Sebab Exam itu hanya BOOSTER. Studi kena hari-hari. Itu yang saya cuba sangat terapkan dalam hari-hari saya.


Exam buatkan saya rasa debar-debar. Ia bukan sekadar menguji pemahaman dan ingatan topik yang dipelajari tapi apa yang saya belajar dalam hidup ini juga, setakat mana kematangan saya... Sejauh mana kebergantungan saya kepada Tuhan Pencipta Segala Ujian. 


Minggu exam juga mendekatkan saya dengan gadis yang baik dan menyenangkan ramai orang. Alhamdulillah Tuhan, Kau menemukanku dengannya untuk menegurku secara halus. Indikator kepada saya sejauh mana ketulusan hati saya nak beramal hanya kerana-Mu Ya Rabb, iaitu mengambil ciri-ciri yang baik yang ditonjolkan dirinya; Tawakkal kepada Allah dan Menepati Masa. Dia juga seorang yang sangat halus hatinya, sangat penyayang orangnya, menarik hati orang untuk dekat dengannya. SIFAT dai'e yang baik subur dalam dirinya. Sayang, Kau tidak menghendaki lagi bagi dirinya menyedari dia boleh menjadi salah satu titik yang boleh mengembalikan Islam ke tempat yang tertinggi. Yang Islam bukan untuk dirinya sahaja tapi untuk SeMuA...  Di situ juga terletaknya satu lagi indikator buatku, sejauh mana sudahku sampaikan dakwah islamiyyahku.. Tidak kiralah walaupun dengan SATU kebaikan sehari kepadanya. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Moga hati ini selalu ingin berkongsi kegembiraan berada dalam nikmat hidayah-Mu. Tunjukkanlah dan tetapkan daku siratul mustaqim. 

Sayangku 'Kegembiraan' dan 'Malamku'... 
Teruskanlah dengan budi pekerti baikmu. Rasulullah pun pernah bersabda,

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia." (Riwayat Malik)

Tapi alangkah lagi indah dan semestinya Paling indah (wajib), tutuplah auratmu dengan sebenarnya. Pasti dirimu tidak lagi terasa kesejukan hirisan angin yang mencengkam, selamatlah tanganmu daripada dijilat mata-mata liar yang kagum akan kecantikanmu. Labuhkanlah pakaianmu menutup punggungmu, tutupilah dadamu, ambillah kata-kata Pencipta Cinta Terangung dalam Surah An-Nur, ayat 31.  Moga-moga kau menjadi bidadari hiasan dunia yang terbaik. 


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; 
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; 
Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; 
Dan janganlah mereka meperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua meraeka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; 
Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; 
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
-Surah An-Nur ayat 31

Sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita solehah :)

 Sayanggggg korang! 





No comments:

Post a Comment