Thursday, April 28, 2011

Tafaqquh kembali!

Assalamualaikum wbt. Salam sayang buat saudari, kekanda dan adinda. Moga dirahmanti Allah hendaknya..

Dah lama tak post, rindu sebenarnya. Bukan apa, mode periksa membuatkan diri yang sememangnya tak boleh dok diam ni, lagi tak boleh dok diam. Ada saja benda yang rasa perlu dibuat, tapi kadang-kadang hanyut juga dengan lena. Pujuk diri, tidur tuh pun penting, merehatkan otak daripada overworking. [alasan]...

Successful people find ways, failed people find excuses.

Sama-sama kita muhasabah diri, moga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.
Muhasabah dan bertindak. masyi?


Alhamdulillah, malam tadi diberi kesempatan oleh Allah untuk hadir ke kelas tafaqquh oleh ustaz aqli yang pertama setelah saurah harituh. Malam ini, kitab riadhussalihin diterangkan dengan bab SabaR.

Sabar. Buahnya Jannah

Siapa yang tak nak? Beberapa hadis qudsi yang dibacakan menceritakan bagaimana halusnya nilai sabar tuh sampai rasa kerdil diri nih kalau nak dibandingkan dengan tahap kesabaran para sahabat, al-awwalun...

Seorang wanita menangis meratap kerana kematian anak. Junjungan yang halus kata-katanya menasihati, 

"Ittaqillah" 

"Bertakwalah kepada Allah". Kenapa nasihat Rasulullah seringkas itu? Kerana dengan takwa, kita akan merasa yakin ujian itu datang daripada-Nya. Ujian itu bukan sia-sia. Ujian itu bukti cinta-Nya kepada kita. Satu teguran barangkali. Maka kita dengan rasa mudah dapat bersabar atas suatu musibah tersebut. Tidak mengeluh, tidak pula mencela.. Itulah sebenar-benar sabar. 
Pernah tak dengar kata-kata nih? "Aku dah penatlar orang suruh bersabar, takde benda lain ke nak cakap? Aku tengah sabarlah nih." Kita yang mendengar ini kenalah bersabar pulak. 
Lagi. 

Hadis Qudsi: Tiada hambaku yang apabila aku mengambil nyawa orang yang dia sayangi, hamba itu tidak merungut dan 'ihtisabahu' (mengharapkan pahala) dan 'idtihar' (simpanan), maka balasannya syurga...

*sofiyahu-orang yang disukai dan percaya 'bersih' daripada apa-apa yang buruk.

Lagi. Lagi.

Daripada Aisyah RA, ummul mukminun yang bertanyakan kepada Rasulullah berkaitan penyakit taun.
Rasulullah SAW berkata, taun itu adalah azab yang dikenakan Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tapi ia adalah rahmat bagi orang mukmin.

*taun itu boleh jadi azab kepada satu pihak dan boleh jadi rahmat kepada yang lain. Kenapa? 

Same formula: Dapat musibah + bersabar + muhtasiban (mharap pahala daripada Allah) dan idtihar [simpanan (amal)] = Jannah.

Lagi. Lagi. Lagi. 

Daripada Anas RA, Rasulullah SAW berkata, Allah berfirman: Apabila aku menguji 'habibataihi' (2 pasang kekasih = 2 biji mata) dia bersabar, maka Allah gantikan padanya syurga.

Erm, msk syurga pon ader formula ker? Begitu sayang Allah pada kita, Dia dah beri formula, soalan bocor untuk menggapai syurga-Nya tinggal kita NAK atau TAk Nak melaksanakan je. 

Wallahualam. Sehingga berjumpa lagi :]

^^ selepas Isyak tadi ada perjumpaan sedikit pasal pilihan raya batch. Humm, macam mana nak kasi RASA semangat kesatuan dan rasa tanggungjawab untuk pergi mngundi nanti?



-teringat kenangan bernasyid lagu ni dengan akhawat 4 Alpha. :) no. 2 lepas kumpulan Al-Falah. dapat markah penuh di kolum pakaian dan keseragaman. ^^





No comments:

Post a Comment