Thursday, April 7, 2011

Scared.


Salam penguat diri. penguat kasih dan sayang. salam lanjutan ukhuwah dan cinta untuk mencapai redha-Nya. mohon. mohon dan mohon moga Redha-Nya yang dicari.

Sudah lama kan saya tak mencoret jurnal perjalanan saya. Banyak. Banyak. Banyak yang terlintas di fikiran dan banyak sangat yang ingin dikongsi. Lagi-lagi kalau teringat kata-kata kakak tersayang, kalau suatu benda tuh best mesti kita nak kongsikan.

Ada apa orang yang tak nak share kalau sumting tuh sedap. Tamak kan, nak dier sorang jer nikmat.

Salah satu ciri orang mukmin adalah suka berkongsi.

saya suka kongsi! 

Alhamdulillah. Moga2 sharing untuk kebaikan :)

Tadi kawan saya share sedikit, 3 golongan yang paling menyesal di akhirat kelak adalah:

1-mereka yang mempunyai budak tetapi budaknya mempunyai amal yang lebih banyak daripadanya.
2-mereka yang mempunyai harta kemudian dia meninggal dan orang lain menggunakannya ke jalan Allah.
3-mereka yang mempunyai ilmu tetapi tak mengamalkannya kemudian diketahui orang lain dan diamalkan.

Setelah lama tak ber'muka-buku' maka saya pun make effort untuk buka, kalau tidak mmg hanya housemates pemberita tentang any updates (alexndrians uses alot of online communication for information transfer. thus, if u dnt open atleast in 3 days ur outdated. :/ ). entah mengapa hati takut sgt. cuak sgt... dan mulalah hati ini nak sgt meluahkan perkataan-perkataan yang sblum ni mmg dah bertunas dalam diri

Is tudung an option?
Jika diri nak berubah, mengapa perlu dilambat-lambatkan? 
Mengapa takut nak berubah ke arah kebaikan? Tidak percayakah kepada janji Tuhan? 
Mengapa? dan Mengapa? Allah sudah berikan kau jalan petunjuk, jalan yang lurus kau tidakkan, kau tolak ke tepi, kau takut, SCARED?


Ya Allah yang membolak balikkan hati, tetapkan hatiku dalam jalan agama-Mu. 

Tika aku melihat 'kematangan' yang dinilai oleh para sahabat, mereka yang pernah aku kenal di Malaysia, tak kurang juga 'pesaing-pesaing'ku (oops. teman seperjuangan), aku berfikir, atas dasar apa mereka mengukur nilai hidup mereka? atas natijah mana mereka mengambil apa sahaja yang lalu di hadapan mereka sebagai baik?




(Saya sangatlah menahan diri daripada berterus terang dan terus-terusan berkias, baiklah~

Kenapa daripada elok kau menutup aurat dengan sempurna kau naik-naikkan lagi? 

Kenapa kau menjauhkan diri daripada nasihat? etc.)

Surah Al-Hujurat:12, Allah berfirman bahawa prasangka itu banyak buruknya dan kebanyakannya adalah dosa. Maka hati kecil ini beristighfar... dan teringat akan satu 'yang bergerak itu' yang mahu dikongsi dan di'digest' di sini..


YA!!!
Bukanlah entirely salah mereka tapi adalah salah kita yang sudah berpuas hati dengan amal yang dilaksanakan. Kita yang memahami tetapi tidak menyebarkannya. Kita yang mengetahui tetapi menyimpan kepada diri sendiri. Hidup sebagai muslim yang mengucap dua kalimah syahadah bukan cukup dengan solat lima waktu, puasa sunat buat amal kebajikan semata tetapi disebaliknya adalah penyaksian kita untuk memberitahu (berdakwah) kepada mereka yang tidak sepenuhnya memahami apa itu Islam dan tanggungjawab sebenar-sebenarnya seorang muslim. Setelah mendengar kata-kata tersebut, lama juga saya berfikir, (sambil jalan sorang2 balik kelas, memandang ke langit, ke laut~ best~) jika kita semua mengetahui, memahami dan mengambil cakna, pasti kita tak sempat nak buat benda2 lagha ni, tak sempat nak bercouple2 nih, tak sempat nk sakitkan hati orang dan tak berani nak buat dosa... Jiwa raga tertumpu nak gerak kerja dakwah, bagaimana tiap hari saya nak sebarkan kebaikan. Bukan sendiri2 jer.

Maka soalan yang saya lontarkan daripada benak fikiran berkemungkinan jawapannya adalah begini:

Atas dasar apa mereka mengukur nilai hidup mereka? 
-Nafsu
-Iman 

Atas natijah mana mereka mengambil apa yang lalu di hadapan mereka sebagai baik?
-Seronok orang memerlukanku;menyebut-nyebut namaku
-Seronok aku perlukan agama ;menyebut-nyebut nama-Nya

Syahadatul Haq. InsyaAllah esok kami akan diterangkan mengenai tanggungjawab yang terkandung dalam penyaksian tauhid kita sebagai muslim. Homework given ahead- life of Mus'ab bin Umair and the owner of surah Yasiin, Habib An-Najjar. and also find in al-Quran the signs of Day End and jannah wa jahim fi al-quran. :) 


xoxox

No comments:

Post a Comment