Friday, June 10, 2011

Refresh your iman :)


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

Dapat juga kumeluangkan masa sedikit untuk sedikit perkongsian.

Setelah seminggu melalui hari-hari yang agak terasa 'pack'-nya, alhamdulillah dikurniakan Jumaat hari cuti yang dalamnya berpeluangku mennyegarkan kembali iman yang agak rusuh...

Iman yang rusuh, layu, menyebabkan diri senang terasa. Akhirnya, gelojak hati yang tertahan diluahkan dengan tangisan yang aku rasakan sangat bahagia... Kerana bukan selalu dapat menangis dengan kesedaran.. Bertuahnya mereka yang menangis tiap kali bertemu Tuhannya

Dikala diri mengalirkan air mata
Terasa lembut disapa keinsafan
Rindu pada-Nya
Ingin meluahkan segala
Malu pada-Nya yang selalu merindui hamba-Nya
Suka mendengar rintihan hambaNya
namun si hamba selalu lupa
Dia.. Dia Maha Pencipta
Dia Maha Mendengar

Rindu pada tangisan sendu
Perasaan yang tertarik-tarik rasanya
Tersiat-siat rindu pada-Nya
tapi itulah kebahagiaan hakiki
Yang selalu dirasai wali dan sufi

Rindu... Pada tangisan itu...



Daripada Kakak Sc sayang,



No comments:

Post a Comment