Saturday, December 3, 2011

Perasaan itu datang lagi

Assalamualaikum wbt.. izzayyikum ya jama'ah? kwayyisin? 

:) Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Bersyukur dengan infinity kita diberi peluang oleh Allah untuk masih bercakap, senyum, melihat, menulis entri kali ini dan yang paling. paling. paling penting... masih dalam nikmat Islam dan Iman... Kejap, ya saya masih Islam sebagai agamaku, tapi adakah saya tergolong dalam mereka yang beriman? Yang percaya seratus peratus Dia yang menguasai Alam, dan diri ini?

Selalulah kita mohon akan hidayah-Nya, ditempatkan dalam golongan yang dicintai-Nya. Antaranya, mereka yang membuat amal kebajikan tanpa mengharap balasan manusia.

Perasaan itu datang lagi?
Perasaan apa itu? Jatuh cintakah diri ini? Kepada siapa?
.
..
:)
...
..
.
.
Allah telah menegurku. 
Tegur tanda sayang.
Alhamdulillah Allah sayang lagi padaku.
Walaupun hati ini sayu sangat, rasa nak sangat menangis kuat-kuat, tapi dalam masa yang sama aku tak dapat menolak rasa BAHAGIA yang amat, kerana Dia mengujiku.
.
.    Sungguh pelik mukmin itu,tak berlaku kepada manusia lainnya, ketika diuji dia bersyukur dan ketika diberi nikmat dia bertahmid. 
.
. Allah, ujilah aku lagi. Biar mata ini basah dengan air mata, air mata yang takut pada-Mu, air mata yang membersihkan jiwa kerana mengharap ampunan daripada-Mu.
.
.
.
Wahai diri, masa silam itu adalah pengajaran buatmu, buat mereka mengetahui, janganlah engkau memandangku pada aku yang semalam, kerana hari ini aku sedang membina diri menjadi bidadari syurga hari esok. 

Kita semua mahu berubah, maka lajukan langkahmu meniti tingkat-tingkat kebaikan. Engkau tidak tahu bilakan hidayah-Nya diambil semula. Perasaan rindukan kebenaran kian hilang. Salah siapa?

Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami dalam agamamu dan dalam mentaatimu. 

Allah~
Perkenankanlah ~

1 comment:

  1. al-baqarah;152

    "maka ingatlah kepada-Ku,
    nescaya akan Ku ingat kepadamu"

    ReplyDelete