Monday, June 17, 2013

Hati yang hilang. Khalas!

Assalamualaikum dear blog.

Laaaaaaaaaaaaaaaaaamaaaaaaaaaaaa kan saya tak update blog nih?

Dah tahu dah punca dia, saya kehilangan hati. Hati yang hidup diterangi iman yang bisa menyuluh hati manusia lain.

Sungguh, sampai sekarang saya masih lagi mencari hati yang lama itu. Hati yang sentiasa teruja mencari Cinta Allah Al-Wadood. Hati yang mempunyai IMPIAN BESAR untuk menyebarkan CINTA ALLAH SWT. Hati yang sentiasa terpaut pada Allah SWT dalam melihat apa pun.

Mengapakah? Mungkin Cinta yang kusangka kerana Allah bukan sebenar2nya kerana Allah? Tidak ikhlas? Meremang mendengar kenyataan orang yang tidak ikhlas.

1- Ikhlas ialah mengkhususkan tujuan semata perbuatan kepada Allah SWT semata-mata. Pengkhususan ini menharuskan tujuan perbuatan itu hanya untuk-Nya bukan yang lain.

2- Ikhlas adalah melupakan pandangan manusia hingga kita hanya melihat Yang Maha Pencipta saja. Orang yang menangis kerana takut Allah swt memberikan infak atau mengerjakan solat di tengah ribuan bahkan jutaan orang akan tetap ikhlas kerana ia tidak mengharap pandangan manusia tadi. Ia hanya melihat Allah swt semata-mata.

3- Ikhlas tidak diertikan dengan tidak memaksudkan perbuatan agar disaksikan orang namun memaksudkan agar dilihat Allah swt. Kita tidak memerlukan orang untuk menyaksikan solat, tangis atau haji kita yang mungkin sudah enam kali demikian pula jihad kita, bahkan mungkin jilbab kita yang lebar.

Allah SWT berfirman :

وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيداً

Dan cukuplah Allah sebagai saksi. (AlFath:28)

Pada suatu hari datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasul apa pendapat anda tentang seorang lelaki yang keluar (berjihad di jalan Allah SWT) mencari pahala dan dzikru, maka apa yang akan dia peroleh? Nabi saw bersabda: "tidak ada sesuatu baginya"

Az-dzikru adalah keinginan agar ia diingat manusia sebagai seorang yang paling berani.

Lelaki itu bertanya lagi: "Wahai Rasulullah apa pendapatmu jika aku keluar berperang mencari pahala dan kemasyuran?" Pertanyaan ini diulang hingga tiga kali. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada sesuatu baginya". Lelaki itu bertanya kembali, "tidak ada satu baginya?" Kemudian Rasulullah saw bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali yang ikhlas dan dengan mecari keredhaanNya"

[HR an-Nasai']

T______________T' hati itu.. sebenarnya banyak kali saya jumpa balik.. tapi tiada usaha utnuk menjaganya dan menghargainya..

Pemergian dia bukan satu asbab untuk futur!! Khalas. Ikhlas se'khalas'nya!!

 

No comments:

Post a Comment