Monday, October 25, 2010

Kalaulah...

~Assalamualaikum ya khalifah Allah


Suatu petang tika balik daripada kelas, cuping telinga ini menangkap suatu ungkapan kesyukuran..

"Bestnyer umah awak dekat dengan masjid? Ya Allah, kalu umah kite dekat dengan masjid mesti kite nak pergi."

Lalu menerawanglah aku sekejap kepada seorang gadis ini yang tak pernah tinggal di asrama. Dan pertama kali dia menjejak kaki tinggal di luar rumah untuk belajar, dia betul2 teruja untuk solat berjemaah di masjid. Dia berasa hatinya tenang daripada perasaan gundah gulana kerana pertama kali kena menguruskan semua perkara sendiri dan jauh daripada keluarga.
Tapi, kemudian, setelah berpindah ke rumah lainnya, diri yang teruja tidak lagi 'SaNgaAt' teruja dengan kehadiran masjid yang hanya 50 meter daripada rumah. Tidakkah terkesan di hati gadis itu apabila mendengar ayatul Quran yang kedengaran seperti berada betul2 sebelah rumah?

Alasannya, tiada masa dan khuatir 'musolla saidah' itu tidak seselesa solat di rumah. Lagipon cam asyik tutup jer pintu ruang solat wanita tuh. Kat umah pon leyh berjemaah dengan ahlil beit. 

Kalau alasan, beribu2 boleh diberikan. Kalau hati nak laksanakan, halangan apa pon sanggup ditempuh. kan?

Keazaman itu ibarat sebilah pedang yang mampu membelah laluan hutan penuh duri.

Perkara yang ingin diceritakan di sini adalah, apabila diri tak pernah mempunyai sesuatu itu, pasti hati akan penuh dengan harapan akan menjaga sesuatu itu sebaik mungkin tika mendapatnya. Tapi apabila permintaan dimakbulkan, sedikit manusia boleh mengotakan janji pada dirinya. Kenapa? Kerana manusia itu sering lupa. Atau paling tepat, sering BUAT-BUAT lupa. 

... mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Qs. Al-A'raf 179)

isy2. insaflah diri.

Cinta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini. Terlalu sayang, sayang sangat-sangat hingga bisu untuk menegur kesalahan, sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta. Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.

No comments:

Post a Comment