Tuesday, October 26, 2010

Skemanyer dowang~


Salam sejahtera ke atasmu wahai sayang2ku...

Alhamdulillah habislah kelas hari ini dengan 'baik'nya. Rezeki diriku hari ini dapat duduk tempat yang tak berapa best. Mule2 dpt tempat duduk belakang sekali yang kalau pndang depan,.. erm. Sila tengok gambar di atas untuk berapa bestnyer tempat mula2 sekali. Whiteboard depan tuh bertulis yer buat pengetahuan sekalian. Dan untuk tambah best lagi, sila tengok gambar di bawah.


Yer, kelas saya majoriti budak lelaki (ikhwah). Makanya, kami akhawat yang minoriti dan kecil ini, duduklah yang mana muat. : D Kalu nak dapat tempat duduk besh, kena datang awal sgt. Kalu kelas start kol 11, 10.30 da pnoh. Bayangkan kol bper saya yang berjalan kaki 20 minit ke kelas ini perlu datang untuk dapat tempat duduk depan.

Tapi, di sebalik tidak kepuashatian yang melanda diri ini, saya dapatlah mencari 'sinar disebalik kejadian': Bersyukurlah wahai kaum hawa, terbuktilah masih ada ikhwah yang berpotensi menjadi pemimpin yang baik dan serius dalam mencapai cita-cita mereka. InsyaAllah, mereka inilah yang jika digilap dengan baik, seiring dengan ilmu agama, moga2 Islam itu akan kembali dijulang tinggi seperti berjayanya kerajaan bani abbasiyah dan uthmaniyah menawan separuh dunia. InsyaAllah. Kan sekarang ramai orang sakit, maka jika mereka dan kami (akhawat) berjaya menjadi doktor yang berkemahiran merawat penyakit luaran sekali dengan dalaman, insyaAllah apa yang saya nyatakan boleh menjadi kenyataan. Allah bantulah kami~

Disambung cerita, Alhamdulillah, dengan perasaan agAk malu juga, apabila diri ini melahirkan ketidakpuashatian dan ada ikhwah yang memahami, maka saya pun mendapat tempat yang besh ckit. Maka pengakhiran cerita, hari saya hari ini baik kerana Allah telah memberi rezekinya; sihat dan mampu pergi ke kelas, selamat pergi dan balik ke kelas dan tempat yang dapat tengok pensyarah dengan jelas hari ini. :DD Alhamdulillah for many more things~


Dia berdoa, "Wahai Tuhanku, berilah aku ilham untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu bapakku, dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai..." (QS An-Naml [27]: 19).

No comments:

Post a Comment