Sunday, October 24, 2010

Kenapa berprasangka??

Assalamualaikum wbt.

Sehat semua? Alhamdulillah, kita masih diberi nikmat sihat dan nikmat iman serta keupayaan melaksanakan pelbagai perkara yang kadanag-kadang kita leka akannya. Contohnya, membazir masa melepak jer. Astaghfirullah, diri ini terlalu banyak tanggungjawab tapi 'terlalu' suka bazirkan masa.

Janji, sat lagi pi blajar.

JANGAN MUNGKIR JANJI taw dR farah, itu salah satu sikap munafik yang harus kita jauhi..

InsyaAllah, demi agama, diri dan mereka yang menagih janjiku ini.

Good. Barakallah ya dR farah. Back to the topic, kenapa berprasangka? Kenapa tatkala melihat mereka berpakaian sendat, tak bertudung mahupon bertudung jarang, diri akan terus menghukum mereka tidak kisah pasal agama. Eish, astaghfirullah.. Tak baik tuh.. Kenapa, tatkala melihat mereka yang bertudung labuh membuat suatu kesilapan cepat betul mengatakan, "baik tak payah pakai tudung labuh"..

HAA.. KENAPA? Tanya balik pada diri, sempurnakah kita ini? Kita ini macam mana? Siapa kita untuk menghukum mereka? Adakah kita mengetahui apa yang Allah rancangkan untuk mereka? Adakah kita tahu apa yang Allah rancang untuk DIRI ini?

Wahai diri, janganlah cepat menghukum insan hanya kerana luaran semata. Walaupun cara pemakaian mereka tidak kena pada syariat, bukanlah sepenuhnya salah mereka. Kadang2 faktor persekitaran, 'environment' mempengaruhi mereka. Dan mungkin juga kerana tidak ada yang memberitahu. Maka itulah tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad yang mendukung tugas dai'e untuk memberitahu dan menyebarkan yang benar. Jangan cepat menghukum tapi hukumlah diri kerana tidak mengambil inisiatif untuk memberitahu perkara yang benar.

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman, ayat 18)

"Kamu adalah umat terbaik, yang dibangkitkan demi kebaikan umat manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat keburukan, dan beriman kepada Allah. Dan, sekiranya Ahlikitab beriman, niscaya akan lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang fasik." (3:111).
Hari pink sedunia!! Jangan main2 dengan pink.

Hari ini saya tengok ramai owg pakai pink. sangatt tak tahan. rasa nak jer suh owg yg pakai pink 2day berhenti and jadi model sehari saya. Last2, dapat model comeyl 3 org nih jer. Wassalam. 

Rasulullah saw paling suka warna apa? Teka baru tekan.

No comments:

Post a Comment