Monday, July 25, 2011

Cintakah itu?

Assalamualaikum wbt..


Kelmarin, usai membaca suatu cerpen islamik yang menarik ini, saya terfikir...

"Bahagianya si Khadijah tuh.. Dapat suami yang soleh. Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiyah lagi.."

Tapi~

"Takutnya daku jika aku berdakwah, berkongsi nasihat dan berukhuwah untuk mendapat perhatian manusia sahaja.. Untuk mendapat pasangan hidup yang baik dan soleh semata-mata. Takutnya kalau hatiku  ini terpesong arah tuju. Bukan kerana Dia yang Maha Satu, Maha Pencinta."

Lantas teringat akan kisah Zainab Al-Ghazali yang kudapati daripada sebuah buku Tokoh Pergerakan Islam Abad Moden.. (lebih kuranglah)

"Marilah kita berjanji, seperti janji seorang lelaki dan perempuan, selayaknya janji seorang perempuan 18 tahun, jadikanlah perkahwinan itu atas dasar dakwah, jika maksud perkahwinan itu lari daripada dakwah, maka tiada makna lagi perkahwinan itu."

Tika terbacakan ini...

Saya senyap.

Malu.

dan Terfikir. Bagaimana hebatnya pemikiran dan cinta Zainab ini kepada Islam. Bahagianya menyebarkan Islam yang dicintainya sangat-sangat. Jauh awi daripada pemikiran muda-mudi kini yang rata-rata hanyut dengan cinta dunianya. Yang tidak sedar pemikiran mereka telah berjaya dijajah pengaruh barat yang mengubah kiblat pemikiran mereka cinta kepada jantina berlawanan adalah satu kemestian dalam hidup.
Bahawa couple itu PERLU dalam sejarah hidup mereka. Disitulah tempat mereka luahkan segala dengan mungkin sekelumit sahaja atau langsung tiada rasa risau bahawa akan dilanggari batasan agama. Hati yang tidak malu pula berdua-duaan dan dibiarkan syaitan di antara mereka ketawa terbahak-bahak.

Tetapi, wanita hebat ini, Zainab Al-Ghazali yang sejak kecil lagi diasuh dengan ilmu agama yang mendalam oleh ayahnya sendiri, yang pada umur 18 tahun mewujudkan persatuan untuk wanita giat berdakwah, yang pernah ditahan penguasa Mesir yang takut akan keberaniannya menegur dengan lantang kezaliman dan kemaksiatan mereka, yang anjing lapar dan buas takut dan hormat akan dirinya lantas tidak mahu membaham dirinya.

Wanita ini! Wanita ini tidak merasakan perkahwinan itu penting jika ia mengganggu proses dakwahnya.

Wanita ini! Wanita ini tidak terfikir pun untuk bercanda berdua-duaan dengan yang bukan mahram. Malah menjadi inspirasi kaum adam.

Wanita ini! Wanita yang tidak takut kalau jodohnya bukan di dunia.

Tapi... Jodoh di akhirat sana, pemberian Allah Ar-Rahim yang didamba. Nikmat kurnia yang tak dapat dibeli seisi dunia.

Allahuakbar!!

Akhir kalam,


Allah pertemukan kami dengan Ramadhan~

No comments:

Post a Comment