Monday, July 25, 2011

Siapa kata kita tak apa?



Di suatu petang yang berangin tiga sahabat mengambil angin ke pantai.

"Kakak awak tak sekolah asrama kan?"

"Eh, asrama, sekolah agama lagi!" sahut Fatimah.

"Herm.Herm! Bunyi macam nak salahkan budak sekolah agama jer." Aqilah yang dari tadi mendengar perbualan bersuara.

"Eh tak!" Ummu Layyinah dan Fatimah menyahut serentak. Aqilah tersenyum tanda mengerti.

"Kita tahu. Bukan salah sekolah seseorang itu berperangai sebegitu rupa. Kadang-kadang dia pakai tudung labuh bukan sebab rela tapi terpaksa. Kalau couple, ada senior yang akan panggil dan nasihatkan. Pantau. Tazkirah. Lepas keluar sekolah, kalau sebelum itu dia rasa dia dipaksa, oppressed, dia akan rasa bebas, boleh nak buat apa-apa. Kita pun kesal sebab apabila di sekolah tak didedahkan cara yang betul menegur orang. Dah keluar sekolah inilah baru tahu cara-cara yang betul, kenapa kena tegur orang buat salah, semualah." Nada terkilan jelas dizahirkan.

"Betul. Kita dah habis sekolah, duduk di Mesir ini juga baru sedar tujuan hidup yang sebenar. Rasa rugi sangat apa yang kita dah lalui sepanjang hidup sebelum ini. Kalaulah sejak kecil lagi kita dah didedahkan apa makna hidup ini, sejak sekolah rendah ke... Ini tak masa kecil disogokkan dengan cartoon, mana tak budak-budak sekarang asyik fikir nak enjoy jer. "

Di minda masing-masing mencerna kata-kata yang ringkas daripada mulut sahabat masing-masing. Apa yang perlu  kita buat untuk menyedarkan teman-teman di sekeliling kita, di Malaysia sana? Ahli keluarga kita?


Untuk menyedari hidup ini singkat.

 Perlu digunakan sebaiknya demi Ilahi, dosa perlu dielakkan, pahala perlu dikejar.

Cinta Dia tiada tara.

Bukan hamba-Nya yang dicipta di dunia sementara ini perlu dipuja.

Nafsu itu perlu dilawan. Kerana ia selalu berkata,

"Engkau tak apa!
Engkau takkan buat zina itu.
Kalau engkau dekati pun...
Dosa engkau itu sikit jer berbanding pahala engkau.
Besok taubatlah.
Engkau masih muda.
Engkau Tak Apa!

Engkau tak apa!
Engkau bukan tak nak langsung pakai tudung
Tapi hati rasa tak ikhlas
Karang tak dapat pahala tak guna jugak
Tua nanti pakailah
Engkau masih muda.
Engkau Tak Apa!

Engkau tak apa!
Engkau tengok movie sikit je
Kejap lagi study lah pula
Nak release tension sikit jer
Tak lagha pun
Engkau masih muda.
Engkau Tak Apa!


Engkau tak apa!
Engkau ilmu tak cukup lagi
Tak perlulah kau nak sebar-sebarkan Islam ini
Siapa nak dengar
Tua nanti dah cukup ilmu sebarkanlah
Engkau masih muda.
Engkau Tak Apa!


Siapa kata kita tak apa?

Tuhan atau dirimu yang bangga itu?

Tanyalah. Siapa kata kita tak apa?

...

Wallahualam

No comments:

Post a Comment