Sunday, January 1, 2012

Resolution renewal




Melihat video ni, terketuk jiwa ini.
Resolusi tahun baru saya insyaAllah seperti yang di hujung video itu juga kecuali bab movie tu, alhamdulillah dah tak layan kowt.. (baik2 tekad, nanti Allah uji T.T..tapi apa masalahnya diuji? Tanda Allah sayang pada hambanya dan ketika itulah kita perlu buktikan kecintaan kita pada-Nya. Bukan takat cakap jer.)
Semangat yang baru dan Gerak kerja yang baru. Mungkinkah?

Semangat apa yang baru tuh? tak mahu lagi jadi procrastinator terhebat dah.. Umat ini tak daya nak terima penyelamat yang terkedek-kedek. (T.T)


Dan apabila tak procrastinate, maka insyaAllah, taklah kalut-kalut lagi, kan? insyaAllah. 
Menyentuh mengenai kalut ini, pagi tadi mengaji, terkesan sangat dengan ayat ni, Al-Isra', Surah 17 ayat 11. 


"Dan manusia (seringkali) berdoa untuk kejahatan sebagaimana (biasanya) dia berdoa untuk kebaikan. Dan memang manusia itu bersikap tergesa-gesa"


Terasanya daku apabila baca adalah apabila Allah mengatakan manusia sering minta kejahatan seperti biasanya maksudnya sama dengan kekerapan dia berdoa untuk kebaikan diri dia jugalah kan? Pelik tak? Takkan manusia minta keburukan untuk diri sendiri pula kan?

Tafsir Ibnu Kathir mengatakan:
Allah memberitahu kita tentang tergesa-gesa manusia dan bagaimana dia kadang-kadang berdoa untuk dirinya atau anak-anak atau hartanya itu, untuk sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka, atau bagi mereka untuk mati atau musnah, menyeru sumpahan, dan sebagainya. Jika Allah menjawab doanya, dia akan dimusnahkan kerana itu (kerana meminta kejahatan tersebut) sebagaimana Allah berfirman:

(Dan kalau Allah mempercepatkan keburukan bagi manusia seperti permintaan mereka untuk menyegerakan kebaikan, pasti diakhiri umur mereka.) Surah Yunus,10:11 

Ini adalah bagaimana ia ditafsirkan oleh Ibn Abbas,Mujahid dan Qatadah:
Jangan berdoa terhadap keburukan kamu sendiri atau kekayaan anda,yang mungkin bertepatan dengan masa ketika Allah menjawab doa.

"...Dan manusia sentiasa terburu-buru" 
Salman Al-Farisi dan Ibn 'Abbas menyebut kisah Adam, apabila dia mahu bangun sebelum jiwanya sampai kakinya. Apabila nyawanya telah ditiupkan padanya, ia memasuki badan dari kepalanya ke bawah. Apabila ia sampai ke otaknya, dia bersin, dannberkata, "Al-Hamdu Lillah" (segala puji tertentu bagi Allah), dan Allah berkata, "Semoga Tuhan kamu mempunyai rahmat kepada kamu, Wahai Adam.''Apabila sampai matanya, dia membuka matanya, dan apabila ia sampai badan dan tangan dan kakinya,dia mula merenung mereka tertanya-tanya. Dia ingin bangun sebelum ia sampai ke kakinya, tetapi dia tidak dapat. Beliau berkata, "Wahai Tuhan, menjadikannya satu kenyataan sebelum malam datang.''


Allah nak cakapnya, manusia memang fitrahnya begitu, nak cepat sahaja semua. Apabila kita rasa hidup ini beban, Allah tak makbulkan doa, terus dah kecewa, putus asa dan hingga satu tahap, Ya Allah tolonglah, aku dah tak larat, kalau aku mati masa ini pun aku redha dah. Nau'dzubillah.. Tapi apa yang memagari kita daripada sifat mazmumah itu,  IMAN~ Kita juga diberi manual untuk mengawal fitrah iaitu al-Quran. 
Perlunya ada yakin 100% kepada-Nya, Dia takkan sia-siakan kita. 


So, farah? Resolusi lagi, sabar. Think straight! Jangan terburu-buru kerana tak lari gunung dek dikejar, manusia yang mengejarmu pun takkan marah kalau anda menolak kerja, anda ada hadnya juga farah.. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. (^^ bahasa jiwa bangsa! Saya cakap bahasa melayu maka saya melayu, makanya kalau saya fasih bahasa arab, saya orang arab dan itu membuatku nanti lebih dekat dengan RasulNya~ Yeay~ kerana Rasulullah orang arab). 


#about the title, resolution renewal? everyday is a renewal of resolution for us. supposedly everyday we check ourselves and update what needs to be upgrade in ourselves and remind self what we have target.

##banyak masa pula saya hari ni, hee. kelas pkl 2-5, doakan. 

No comments:

Post a Comment