Friday, January 27, 2012

Cupcake dedications

Tengah khusyuk menelaah posterior triangle lagi sehari untuk 'practical exam', tiba-tiba..

"Subhanallah, Walhamdulillah~ Subhanallah, Walhamdulillah~"

Telefon berbunyi menandakan ada yang menelefon :)

"Fawie turun bawah, nak kasi cupcake"



Budak nakal, 
kite sayang sangat dengan awak...
Kite hepi sangat dapat berkenalan dengan awak dan mengenali Dia bersama-sama..
Awak banyak ajar kite untuk berfikir dan memuhasabah diri...
Buah fikiran yang tajam.. hurm, jeles jugak dekat awak~
^^ tapi itulah yang menyempurnakan antara kita... 
Moga Allah kurniakan kejayaan kepada kita berdua serta sahabat2 kita yang lain agar tidak menjadi fitnah di jalan kita ini... 
Dan Dia bisa redha dengan kita...

Moga kita bisa menjadi juga golongan yang terdapat dalam hadis Habibullah SAW...

"Di antara hamba Allah ada manusia yang tidak termasuk para nabi dan juga para syuhada' tetapi pada hari akhirat para nabi dan para syuhada' cemburu kerana kedudukan mereka di sisi Allah"

Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, siapakah mereka?"

Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah dan bukan berdasarkan hubungan keluarga dan bukan kerana harta yang mereka saling berikan".
(HR Abu Daud, Nasai dan Ibnu Hibban)

Inni uhibbuki fillah <3



No comments:

Post a Comment