Friday, May 6, 2011

Ada apa dengan 19?

Assalamualaikum. Salam penguat semangat~



Need it. Tak sentuh buku lagi nih.Musculoskeletal tebal yang amat.


Bagai terdengar muzik berentak penuh semangat
Gambaran kau menyerang Constantinople terakam di minda
Derapan kudamu begitu gencang
Ditunggu syuhada' Abu Ayyub Al-Ansari di kaki kota
19 tahun umurmu ditabal raja
21 tahun kau menyahut hadis rasulNya
Constantinople akan ditawan sebaik-baik raja
Sebaik-baik tentera
Yang tak pernah lalai akan tanggungjawab pada Tuhannya
Namun aku,
19 tahun apa yang ada?

Petang tadi, ada SC di bangunan mara. Kami dihidangkan dengan pelbagai ilmu yang mentopupkan iman. Alhamdulillah, diceritakan tentang Sultam Muhammad Al-Fateh hari ni. Terkesima malu juga diriku walaupun dah melalui modul ISK, tak boleh nak menceritakan kisah sultan hebat yang menakluk Konstantinopel ni dengan baik. Tapi hati seperti berbisik, "Kau nak ambil ibrah, bukan mahu berbangga dapat menceritakan kepada semua." Betulkah penyataan hati tuh?

Ba'din, Kami dihidangkan pula video-video :) 

Video nih bukan yang ditunjukkan akak tapi, ambillah ibrah (pengajaran)



Video ketiga yang akak sediakan adalah video arab mengenai seorang lelaki yang dipenjarakan dan flashback sebab apa dia dihumban ke penjara serta akan ke tali gantung. Kerana tidak sedarkan diri, kerana tidak dapat lagi mengawal diri angkara dadah, dia membunuh ayahnya di hadapan adik-adiknya. Dia mati di tali gantung dengan memegang gambar ayah dan adik-adiknya.

Bunyi macam pernah dengar tak?

Rasa-rasanya ada pernah baca tak di akhbar-akhbar Malaysia cerita realiti sebegini?

Ba'din. (kemudian)... Akak suruh kami berfikir sedikit. Apa mesej yang nak disampaikan. Berkisar mengenai tenaga muda kita yang masih kekurangan. Yang masih perlu disedarkan daripada khayalan dunia. Apa yang telah kita lakukan sepanjang usia kita? Ada tak kita menyumbang kepada ummah?

Hurm...jauh lagi kalau nak gapai jannah hakiki.

Kemudian ada ahli sc kami menceritakan, sebelum Sultan Muhammad Al-Fateh nak tawan Konstantinopel dia sendiri akan turun untuk melihat rakyatnya jika masih ada yang bermasalah (agama barangkali) kemudian barulah dia meneruskan rancangannya menakluk Konstantinopel.

Kita, isu dadah pun tak dapat dikurangkan.. Belia makin ramai yang rosak, bagaimana nak bangkit?

Begitulah sedikit perkongsian kami...

owh ada lagi, akak bagi video mengenai persahabatan...



Also, bukan video yang betul-betul akak kasi tapi.. Yang penting mahu dikongsi di sini:

Dalam berukhuwah itu, darjat paling rendah adalah berlapang dada dan darjat tertinggi adalah itsar:melebihkan orang lain berbanding diri sendiri.

Maksudnya juga, kita tidak lagi bersahabat, berukhuwah semata-mata kerana-Nya apabila kita tak berlapang dada dengan sahabat kita, kita berdendam dengan sahabat kita, kita menceritakan keburukan dia kepada orang lain.

Antara 7 golongan yang mendapat lindungan Arasy Allah di Padang Masyar kelak adalah mereka yang berjumpa dan berpisah kerana-Nya.

Adab-adab bersahabat:
1- Khabarkan kepada saudaranya bahawa dia mencintainya kerana Allah
2- Mengucapkan salam
3- Memenuhi undangan
4- Memberi nasihat jika diminta
5- Mengucapkan tashmit ketika saudaranya bersin
6- Menjenguk saudaranya ketika dia sakit
7- Mengiringi jenazah saudaranya
8- Mendoakan saudara seagama
9- Saling memberi hadiah sesama muslim
10-Menutup aib saudaranya
11-Tidak bergaduh dengan saudaranya (tidak lebih tiga hari)

Hak muslim atas muslim yang lainnya ada enam. Para sahabat bertanya: “Apa sahaja, wahai Rasulullah?. Berkata Rasulullah s.a.w: “Ucapkan salam jika berjumpa denganya. Jika ia mengundang kamu, maka penuhilah undangannya. Jika dia meminta nasihat, maka berilah nasihat. Jika dia bersin dan memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah), maka ucapkanlah tasymit (Yarhamukumullah). Jika ia sakit, maka jenguklah dia. Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya” (Muslim)

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).
( Az-Zukhruf,43:67)





Bestkan?
Cupcake kawan akak Atikah buat. homemade.
Kuih sagu. Akak Atikah buat. sedappp
Mee yang kering dan tawar. saya. 

Study grup tersayangg <3



Sahabat sme bangunan. 
Cdeyh~ t dah tak smer bangunan... tak dapat nak ketuk2 tekan loceng slalu. 
bagi makanann slalu jugak :\

No comments:

Post a Comment