Friday, May 6, 2011

Kenapa Nak Kahwin?

Assalamualaikum wbt. Salam ukhuwah, salam perjuangan, salam menaikkan semangat demi jihad kepada-Nya.

Perkahwinan itu satu perjuangan.

Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang untuk bertemu, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, penghulu sekalian alam. Bersyukur diutuskan seorang utusan yang bersusah payah menyebarkan risalah dan akhirnya sampai kepada kita. Adakah kita nak biarkan risalah kebenaran itu akhirnya pada kita dan ramai yang akan berada dalam kerugian kerana tidak mengetahui kebenaran yang sebenarnya? Renung-renungkan dan selamat merencana wadah dakwah.

Haa~ ada orang google pasal kahwin. Habislar~ Tahun depan kurang sorang ahlil beit...


Isu perkahwinan tak pernah lekang daripada menjadi isu harian para 'bakal isteri' sekeliling saya (ok, saya pon kadang-kadang terlibat). Kadang-kadang terasa jemu juga. Nak-nak lagi tika minggu persiapan 'Keraian Raja Sehari' dan hari-hari pasca majlis. Cukup 44 kali, boleh makbul semua kahwin awal sebelum grad. Dalam orang dok sebut-sebut, dok sibuk-sibuk meneka, mendoakan mereka yang berpotensi kahwin awal nih, saya terfikir, KENAPA NAK KAHWIN sangat nih?



Dah cukup duit keww?
Teringin nak belajar berdua pulak ker?
Dah jumpa calon ker?
Nak cegah zina hati?
Nak jaga mata (pandang siapa)?



Alahai~ sweeetnyer pasangan tuh, lari pegang tangan, makan bersuap~ nih yang rasa nak kawin nih. 
Dialog seperti di atas dan sewaktu dengannya memang sangat femes pasca majlis tempoh hari dan adalah hari-hari dalam minggu ni~ 
Pasangan senior tahun 2 yang studi together-gather, dah penat studi, balik together-gather smbil gurau-gurau sangat menimbulkan kejelesan seorang sahabat nih. 


Sedari dulu, saya terfikir, perlu ker nak kahwin awal? Sahabat-sahabat membahaskan, PERLU bagi mengelakkan zina hati dan zina mata. Dan saya akur, ada kebenaran di situ. Dengan satu lafaz ijab dan qabul, seorang lelaki dan wanita yang dulunya dilarang berpegang-pegangan boleh bergurau senda, dapat pahala lagi. Kerana bernikah itu juga satu ibadah. Ibadah yang dalamnya terdapat seribu satu (atau lebih) tanggungjawab.

 Tapi bagi mereka yang dah ada couple, lagi-lagi couple yang islamik (reti dan tahu tak boleh pegang-pegang, boleh call-call, mesej jer), ramai melihat penyelesaiannya adalah dengan bernikah. Tapi, kalau tak bersedia (menggalas tanggungjawab, fulus sikit atleast, ilmu kurang), apakah bernikah itu solusi terbaik?


Seorang kakak telah share pemikiran yang saya kira bernas dan telah memadamkan sedikit sebanyak soalan yang dah ada dalam diri ni berkurun lamanya.

Kenapa kita berkahwin? Apa hadaf (tujuan) kita nak berkahwin ni?

Ya, nak berkahwin ni pun mesti ada tujuan. Takkan sekadar nak melempiaskan nafsu, dapat pegang-pegang orang yang kita damba selama ini. Kalau kita dah set kita berkahwin kerana memang nak redha Ilahi, nak capai pangkat ibadah semata-mata kerana-Nya, kita akan berfikir berkali-kali nak kahwin. Dan kita akan bersedia sehabis baik untuk membentuk diri kita dahulu sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan ni.

(...ke arah INDIVIDU MUSLIM...)

Mari renung, tenung dan kunyah ayat di bawah~

Islam itu indah dan syumul. Islam juga pemelihara cinta sejati. Jika kita benar-benar memegang manual Islam yang sebenarnya, insyaAllah kita akan mendapat cinta yang satu dan suci daripada suami yang halal buat kta. Pasti kita yakin ayat Allah, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Jadi kalau berdasarkan ayat di atas, boleh tak kita buat analogi~

Kalaulah kita dah pernah couple berpuluh kali, tukar pasangan sebelum nikah, mungkin juga suami kita kelak juga yang seperti kita. Jadi macam mana kita nak katakan kepada suami "Kaulah satu-satunya heroku"...

Begitu juga kalau kita dah dedah sana sini, banyak mata yang dah melihat 'kecantikan' kita, jadi di mana keistimewaan buat suami tercinta.

^^ Dont let bygone, be bygone, instead learn from it.


Lets follow the maratib amal!

Maratib amal; membentuk diri terlebih dahulu. Bait muslim satu tangga membentuk masyarakat muslim. InsyaAllah.


Tertarik kata-kata yang penuh semangat ni (lebih kuranglah ayatnya):
Kita bina diri kita dulu. Belajar masak, belajar menjahit. Tapi bukan sebab fikir kita nak kahwin perlu ada skills ni, tapi sebab kita tahu perlu ada skills nih dalam hidup. Siapa suami kita biar Allah yang aturkan. Tak payah fikir, tak payah nak usha-usha sapa yang boleh jadi suami kita. Insya Allah akan ada orang untuk kita.




(i was smiling at the time she said that as my mind was screaming with delight as a 'LIGHT' came into me;
Jika kita mempunyai satu fikrah, hujung dunia akan bertemu jua.

Fikrah- pemikiran.)
 
So? Is nikah is the best solution?

InsyaAllah, it is a good solution.

Dan nikahlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki atau yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), Maha Mengetahui.
(An-Nur:32)
But, if you think marriage is unaffordable (like me now ^^), then the best way is to sabar. *Sabar, take the time to build yourself, if already you have the 'one' in your heart, fill your heart with the 'Only True ONE'... InsyaAllah, you wont feel restless due to mortal love. Believe, He will show you the best one that will lead you together to Jannah.

Most important: 
Confidence in Allah.   

Dan orang-orang yang tidak mampu bernikah hendaklah menjaga kesucian (dirinya) sampai Allah memberi kemampuan
kepada mereka dengan kurnia-Nya... (An-Nur:33)

Akhir kata: Janganlah kita menjadi wanita yang akan membantutkan kerja suami kta kelak tapi biarlah kita menjadi 'booster' bagi kerja dakwah suami kita. Thank you Allah for sending me Lisa Killinger and Kak Syifa' for triggering me to write this. I am now not as much feeling to get married. :)
And the (*) is my main point of what im trying to say in this lengthy and 'sajer lamer2' post. Sory ahlil beit. :)

Dis is interesting: Itsar dalam nikah?

Para pengantin berada di bilik tunggu.
Kek yang mahu dibeli untuk pengantin.
Para pengapit <3


 

No comments:

Post a Comment