Sunday, November 7, 2010

Last minute is the last chance.


"Last minute is the last chance. Of course, as it is the last, it is not the best. Agree?" 

Salam~


Hari ini telah bermulanya peperiksaan penghujung modul. Dan hari ini juga telah berlalunya peperiksaan praktikal. 

Dan balik daripada periksa, saya terus 'kiok'. huhuh. 

Senyumlah wahai diri, kerana senyumanmu itu bukan sahaja menjadi penawar bagimu tetapi untuk insan lain juga, insyaAllah.-warna amylodextrin ms praktikal td.

Apa yang diri sesalkan atau tidak sesalkan adalah atas diri sendiri. Allah telah memberikan pilihan untuk membuat sesuatu kebaikan, dan tinggal diri harus memilihnya atas izin Ilahi.
Jadi janganlah menyalahkan sesiapa melainkan DIRI~

Syukur, balik tuh, rasa terubat dengan perangai budak2 tuh. Memasak kecoh satu umah. ^^

Dan rezeki kami tadi makan nasi goreng dengan sup sayur dan telur goreng.Laziz Awi.

Doakan kami esok pula; dR farah dan dR izzatul ada assignment presentation esok. Dr Nadia, Dr Zihah dan Dr Ili ada practical dan kini masing2 tengah sibuk belajar.

Belajar korang, teros absorbkan dalam otak. Yusahhil Rabbana..

Salam sayang. Maaf dah lama tak hantar post. Kesibukan membuat assignment telah membantutkan kisah2 hidup dilahirkan di 'jalan' ini. Tapi.. satu yang teringin sekali saya kongsikan:

Ambillah ibrah* (pengajaran) daripada setiap perkara di sekelilingmu, hatta, seulas senyuman mahupun seulas salam, kerana di situ terdapat tanda kekuasaanNya~

Breakfast pembakar 'semangat' khas untuk ahlil beit.
 *menarik kisah Ustaz Hasrizal yang setia di sisi isteri doktornya. :)

No comments:

Post a Comment