Tuesday, November 9, 2010

Surat Cinta Daripada-Nya (1)


Assalamualaikum wahai hamba-hambaNya yang masih kini berjaga malam, mahupun yang masih terpelihara nikmat dapat melihat cahaya mentari,yang dapat bertahan dengan hawa sejuk kini mahupun yang menahan bahang matahari 'sambil2 menghasilkan vitamin D'. :)


Subhanallah Walhamdulillah Wa laa ilaha ilallah Wallahuakbar. Banyak2 puji bagi Tuhan Sekalian Alam yang telah membenarkan kita menatap komputer dan menghasilkan ilham menulis (sya pula ditemani sahabat di sebelah~Ili bg idea skit eh)..

Surat Cinta??? Hurm.. Sahabat2 dan adik2 pernah mendapat surat cinta? Kalau pernah, dan daripada mereka yang bukan mahram pula.. Muhasabahlah diri, apa faedah yang anda dapati dengannya.. Ingatlah, kata2 jiwang yang senang dikeluarkan, senang juga dibawa angin.. Cuba anda renung2kan ye..

Anda simpan dengan baiknya surat2 cinta itu, siap hafal bait2 kata yang best dengan percayakan bahawa ayat2 itu datang ikhlas daripada dia, sekali anda terlihat kata2 yang serupa dalam sebuah buku mahupun novel, besh ker? Cuba pulak tanyer atau mengusik dia dengan ayat2 yang si dia berikan. serasa saya dia pasti agak blur atau jawapan dia tak memuaskan hati anda. Tapi sebab sayang sangatt, anda telan rasa negatif terhadapnya..

Betul tak?

 Berbahagialah mereka yang seumur hidupnya menjiwai surat2 cinta abadi, yang lahir daripada Pemilik Cinta, Pengurnia Cinta dan Pencipta Cinta. 

Dan post kali ini, saya ingin berkongsi surat cinta yang berisikan tips kejayaan mutlak seorang mukmin beriman. InsyaAllah~
 Surah Al-Mukminun  (1-11)
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ  1
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاَتِهِمْ خَاشِعُون 2
وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ  3
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ  4
   وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ  5
إِلاَّ عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ  6
فَمَنْ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْعَادُون  7
وَالَّذِينَ هُمْ ِلأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ  8
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ  9
أُوْلَئِكَ هُمْ الْوَارِثُونَ  10
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ  11
1- Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman
-di sini Allah telah meletakkan kriteria orang berjaya iaitu mereka yang beriman. Kenapa bukan golongan lain?
“Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam.” 
(QS. Ali Imran: 19)

2- Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya
-Mengapa kriteria pertama adalah khusyuk solat? Cuba anda fikirkan, apa hikmah di sebaliknya? Salah satu aspek penting dalam khusyuk iaitu fokus. Apabila kita memfokuskan diri melaksanakan sesuatu, semestinya perkara itu akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan hasilnya pasti akan memuaskan. Ingatkah kita salah satu kepentingan solat?
  
"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (Al-Qur'an) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain).” (QS. Al-Ankabuut [29] : 45)
 Dan semestinya, hanya solat yang khusyuk dapat mencegah kemungkaran. Kalau hati kita menerawang tempat lain, adakah itu khusyuk? Sama juga dengan study dan kerja yang tidak fokus akan menyebabkan kualiti kerja atau studi itu tidak bagus.
"Dok berjam2 depan buku, satu pon tak masuk." Sebab apa? Tanyalah diri..
3-Dan orang2 yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkaataan) yang tiada berguna.
-Mengapa Allah berfirman demikian? Ramai tak manusia mengeluh tak cukup 24 jam sehari dalam hidup mereka? (ini termasuk saya juga) Tapi kalau kita muhasabah diri, imbas kembali apa yang telah kita lakukan dengan masa yang Allah da berikan, sesungguhnya, terlalu banyak masa kita sia2kan dengan perkara lagha seperti dalam firman-Nya. 
Pernah tgk eksperimen batu besar, batu kecil, pasir dan air tak? Kalau tak pernah, mari kite maein bayang2..

Bayangkan sebuah botol. Dan kita hendaklah meletakkan keempat-empat perkara tersebut dalam botol itu. erm, rasa2nya, mestilah bukan air diisi dahulu kerana apabila air sudah diisi dalam botol, macam mana batu2 dan psir nak masuk, melimpah pulak air tuh nanti. 
Pastinya anda sekalian tahu bagaimana nak menyusun benda2 tersebut: batu besar, batu kecil, pasir dan air. 

Haa. kan muat tuh. Tamat sudah mainan bayangan kita, jadi mari kita tgk apa maksud 4 perkara tersebut.
Batu besar
Batu kecik

Pasir
Air

Susunlah masamu dengan sebaiknya. Dengan itu, insyaAllah anda (dR Farah igt ye!) akan dapat 'menghabiskan modul 2 yang tebal dan complicated-for-first-timer' tuh.

4- Dan orang yang menunaikan zakat.
-Apa yang anda faham daripada zakat? Mudahnya, ia adalah memberikan lebihan rezeki kepada mereka yang memerlukan dan sewaktu dengannya. Maka, dapat disimpulkan juga, zakat itu satu pemberian, hadiah yang ikhlas kerana ingin mencari redha-Nya.. Pemberian itu tidak terhad kepada duit semata, malah kerahan tenaga, kata-kata yang baik dan ilmu juga adalah pemberian. Ingin diceritakan di sini, dalam konteks pelajar, jangan kita lokek dengan ilmu, bantulah sahabat2 kita. Tanamkan dalam diri, 
What you give is what you got.  
5- Dan orang2 yang menjaga kemaluannya.
-hurm.. Apakah simbolik ayat ini? Pernah dengar, dari mata turun ke hati? dan... Hadis Rasulullah..

"Ada seketul daging yang jika baiklah dia maka baiklah semua amalannya, dan jika buruk maka buruklah amalannya. Seketul daging itu adalah hati."

Jika kita dah turunkan hati kita kepada seseorang insan yang bukan mahram, apa2 yang kita lakukan bersamanya, dipandang baik sahaja bagi kita. Agree?

Jadi bolehlah kita katakan, ayat ini mempunyai maksud jagalah batas2 dengan mereka yang bukan mahrammu.

Mungkin ada sesetengah orang rasa dia lebih 'perform' bila da 'couple' tapi yakinkah ilmu yang kita dapati itu berkat dan diredhai di sisi-Nya? Renung2kanlah yer sayanggku. 
8- Dan sungguh beruntung mereka yang memelihara amanat-amanat dan janjinya.
-Erm, pernyataan saya selepas ini kira mengingatkan diri saya dan sahabat2 di bumi Mesir khasnya dan mereka di seluruh dunia, paling penting bumi bertuah Malaysia.

Kita menggunakan duit mak bapak 100% untuk pembiayaan belajar di sini, tapi adakah usaha kita 100%?

*for the ones who got scholarship, do remember, the money you use to eat, pay your rent, your tuition fees are from the people who did their responsibilities in paying the tax. So eventually you are now holding a responsibility to use dat money wisely. :)
9-Serta orang yang memelihara solatnya.
-"Hari ini masuk waktu maghrib pukul 5.05 petang. Aku masak 2 jam, jadi lepas asar dah kena start, jangan luper baca mathurat. Then, mandi. InsyaAllah solat and makan nanti dalam keadaan besh. :)"
Rasanya anda boleh melihat hikmah bagi mereka yang berazam kuat untuk memelihara solatnya. Dia akan menjadi seorang yang terancang, insyaAllah. Dan juga bisa membuat banyak benda. Dalam konteks pelajar, itulah yang kita dapat melihat pelajar yang sudahlah bz dengan persatuan tapi pelajaran dan sahsiah juga mantap.

Wallahualam. 

*Ilmu yang saya dapati daripada akak2 senior ingin sekali dikongsi buat renungan bersama. Moga dijauhkan kejahilan dan pinta juga kekuatan buat yeng mengetahui (termasuk diri yng lemah ini) untuk melaksanakan apa yng disampaikan. Mana2 yang saya terlupa, lemah, bantulah diri ini.

SEGALA YANG BAIK ITU DARIPADA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN YANG BURUK ITU, atas kelemahan diri yang tidak bisa memilih kebaikan.

Bittaufiq Wannajah sahabat2 jauh dan dekat. Pastinya sentiasa di hati, insyaAllah.

#syukran awi2 ya sahbati for da pic and companion.. XOX        

No comments:

Post a Comment