Monday, January 10, 2011

Tips Menghafal Al-Quran

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? (54: 17).

Dalam ayat di atas tedapat jaminan untuk dapat menghafal al-Quran bagi yang berusaha menghafalkannya. Imam Qurtubi dalam menjelaskan ayat tersebut menyatakan sebagai berikut: "‌Artinya Aku (Allah) memudahkan menghafalnya dan membantu bagi yang berusaha menghafalnya. Adakah orang yang berusaha menghafalkannya, sehingga dimudahkan dalam menghafalnya?" (lihat tafsir al-Qurtubu: surat al-Qamar).


(Menulis sambil mendengar 'pemergianmu'~ sob.sob "Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu..".)
Assalamualaikum wbt.. Salam syg wahai sahabat2, salam kiriman doa moga urusan dipermudahkan,  apa yang dibaca difahami, apa yang lupa diingatkan, insyaAllah~

Sebelum kakiku menjejakkan kaki ke bumi Mesir nih sebenarnya, saya sedikit keliru nak ke al-Azhar atau ke Alexandria.. Sebab, selain ingin menimba ilmu medik, saya nak sgt menghafaz al-Quran, dan belajar bahasa Arab. Ana uhibbuki A'rabi <3 Dan jika saya ke al-Azhar, pastinya apa yang saya ingini itu ada dalam silibus pelajaran.. Tapi nak ke saya belajar setakat kerana ada dalam silibus.? Hati yang baik akan menyalurkan niat ke arah kebaikan.. insyaAllah.. Jadi kenapa tak ke al-Azhar? Kadang2 hati tertanya juga kenapa.. Kenapa aku kat Alex nih? Kemudian saya akan cuba yakinkan hati balik, Allah telah menetapkan hatimu dulu dan menakdirkan kamu di sini, kerana Dia tahu apa yang terbaik untukmu wahai Farah Wahida Mohd Fauzi :) . . .Kalau tak, takderlah jumpa ramai2 insan yang menarek, memberi ibrah daripada pelbagai sudut, menikmati pemandangan laut depan rumah jer, laut yang membalikkan keindahan biru si langit.. Suke2 :) Alhamdulillah syukur Lillah yang tak terhingga. 

Jadi, walaupon dah di'aturkan' untuk duduk di Alex nih, semangat nak menghafaz al-Quran tuh masih ada.. Tapi, menghafaz al-Quran tuh bukan senang.. Banyak ayat mutashabihat (ayat2 mirip).. Lagi juga, saya nih budak sekolah biasa kan.. Jeles juga dengan kawan sekolah agama yang dah hafal Surah Taubah, sebahagian Al-Baqarah, Yasiin dan juz A'mma serta lain2.. Bagaimana dengan diri nih yang sudahlah kotor hatinya, nak hafal terutamanya dengan tiada perasaan berputus asa.. Ini tips didapati daripada Syekh Osama Abdul-Azeem dari Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir.

1- Benar-benar bertaubat.. Kerana Allah tidak akan memberi kelapanagn kepada mereka yang berdosa.
  Imam Syafii pernah mengungkapkan kepada gurunya akan kesulitan dia dalam menghafal lalu gurunya meminta dia untuk meninggalkan perbuatan dosa.

2- Fikirkan tentang betapa mulianya penghafal Al-Qur'an itu seperti disebutkan dalam hadits dibawah sehingga anda memiliki semangat untuk terus menghafal Al-Qur'an. Mintalah kepada Allah untuk membimbing anda dalam menghafal Al-Qur'an.
Dari Abdillah bin Amr bin 'Ash dari Nabi SAW, beliau bersabda, "Akan dikatakan kepada shahib Al Qur'an, "Bacalah dan naiklah serta tartilkan sebagaimana engkau dulu mentartilkan Al Qur'an di dunia, sesungguhnya kedudukanmu di akhir ayat yang kau baca." (HR. Abu Daud dan Tirmidzi). . .
 Hadits ini menunjukkan keutamaan bagi mereka penghafal Al-Qur'an

3-Luangkan waktu khusus per hari atau beberapa hari untuk menghafal Al-Qur'an. Waktu yang memang ketika anda sedang tidak sibuk dengan urusan lain. (SELEPAS SOLAT contohnya.. )
4-Gunakan mushaf Al-Qur'an yang sama tiap kali hendak menghafal. Hal ini dikarenakan otak kita menangkap ‘snapshot’ dari halaman-halaman.

5-Mulailah dari surah yang anda anggap termudah bagi anda. Banyak yang menganjurkan untuk memulai menghafal dari lima juz terakhir (juz 30 lalu juz 29 dan seterusnya).

6- Awali dari surah yang anda benar-benar suka untuk menghafalnya, lalu diikuti oleh surah yang anda sering dengar dan diikuti dengan surah-surah yang anda kenali dari hati anda (betul2 berkesan, cuba biasakan diri mendengar ayatul Quran terutamanya juz amma, daripada walkman kita berkumandang lagu pelik2, dengarkan ayatul Quran tika nak pulang daripada rumah, pergi ke uni.. InsyaAllah secara tak langsung ayat2 tuh tertanam dalam minda. Terpulang sebenarnya, tapi berkesan buat saya. :]
7-Semakin muda usia anda maka akan semakin mudah menghafal Al-Qur'an. Semakin tua usia anda maka anda akan semakin sibuk dan kapasiti memori otak anda semakin berkurang. 
( Namun tidak pernah ada kata terlambat, InsyaAllah. Jika kapasiti memori anda ketika masih kecil atau remaja tidak begitu banyak dipakai maka anda mungkin dapat dengan cepat menghafal Al-Quran).
(Anak nanti nk ajar hafaz al-Quran tika kecil.. Buat sahabat2, tanamkan azam nih yer, kerana salah satu faktor kejayaan ilmuan Islam dahulu adalah mereka menghafaz al-Quran tika kecil, kira mereka menyelesaikan urusan agama sebelum ilmu fardu kifayah (dunia)..

 8-Setelah menyelesaikan beberapa ayat, baca ayat-ayat tersebut dalam solat anda. Cara lainnya iaitu anda berlatih bersama teman atau pasangan anda.

Yang terakhir mungkin akan menjadi idea yang bagus jika anda membentuk suatu kelompok sehingga boleh saling memberi semangat. Jika anda memiliki anak-anak dan menginginkan anak anda cepat dalam menghafal Al-Qur'an buatlah semacam persaingan diantara mereka dan berikan balasan kepada mereka yang menghafalnya terbaik. Semoga Allah membimbing kita untuk selalu berada di jalan-Nya, Amin.

Dan cara2 menghafal al-Quran yang saya terjumpa sunber daripada syariahonline.com sama seperti ustazah sumayyah praktikkan. Cara-caranya~

1. Metode talqin (guru membaca lalu murid menirukan dan jika salah dibenarkan).

2. Tasmi`(murid memperdengarkan hafalannya di depan guru), biasanya disebut setoran hafalan.

3. Muraja`ah (pengulangan hafalan), teknknya sangat banyak~ dilakukan sendiri dengan merekam atau memegang al-Quran di tangannya, atau dengan berpasangan. Ini sangat berguna untuk memperkuat hafalan.

4. Tafsir (mengkaji tafsirnya ), baik secara sendiri maupun melalui guru. Hal ini sangat membantu menghafal atau memperkuat hafalan, terutama bila surat atau ayat tersebut dalam bentuk kisah.

5. Tajwid (perbaikan bacaan dan hukumnya) *Mendahulukan bacaan yang benar (tajwid) atas hafalan ye kawan2*

Wallahualam. :)




*Penerangan lanjut and akak Izzatul and Farah Nadirah~ Gambar korg x berapa nk lawa so sy hide dulu yer. :)


 

1 comment:

  1. 2. Tasmi`(murid memperdengarkan hafalannya di depan guru), biasanya disebut setoran hafalan.

    setoran hafalan???
    ahaha.setahu saya bibik rumah kita satu orang sahaja.sudah berganda kah?

    ReplyDelete